1.0 Konsep Dan Definisi Pertumbuhan, Perkembangan Dan Pembelajaran Motor

1.1 Konsep Pertumbuhan, Perkembangan Dan Pembelajaran Motor Perkembangan dan pertumbuhan manusia merupakan paten perubahan fizikal, kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Pertumbuhan manusia secara fitrahnya seperti bulan sabit iaitu bersifat lemah pada awal usianya, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Perkembangan manusia juga meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian. Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran kemahiran.


1.2 Definisi Pertumbuhan, Perkembangan Dan Pembelajaran Motor

1.2.1 Definisi Pertumbuhan
Pertumbuhan manusia merupakan satu proses yang berlaku berterusan. Pertumbuhan dan perkembangan manusia berlaku dengan pesat di dalam rahim untuk membentuk zigot dan seterusnya berkembang sebagai embrio dan janin. Pertumbuhan peringkat ini dinamakan pertumbuhan prenatal. Pertumbuhan peringkat berikutnya dipanggil pertumbuhan posnatal.

1.2.2 Definisi Perkembangan
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan dan penuaan.

Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek:

(i) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa) (ii) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua)
1.2.3 Definisi Pembelajaran Motor

Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan.


1.3 Pertumbuhan (Growth)

  •  Penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu.
  • Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu: (i) Penambahan bilangan sel (hiperplasia)
(ii) Penambahan saiz sel (hipertropi)

(iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion)

  •  Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel (mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras.
  • Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di dalam sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan.
  • Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik, dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan kompleks.
  • Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan.
  • Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran.


1.4 Proses Matang (Maturation)

  •  Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah ke arah mencapai keadaan matang.
  • Maturation = proses matang, maturity = kematangan, mature = matang
  •  Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ, memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.
  • Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang.
  • Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ pembiakan berfungsi sepenuhnya.
  • Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang terbentuk sepenuhnya.
  • Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik semasa peringkat lewat kanak-kanak dan remaja.
  • Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku) dan waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah keadaan yang matang secara biologikal.
  • Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan kematangan.


1.5 Perkembangan (Development)
  • Pada lazimnya, perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks.
  • Konteks pertama adalah bersifat biologikal. Dalam konteks ini, perkembangan adalah merujuk kepada proses pembezaan dan pengkhususan sel-sel embrio kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ dan unit fungsi.
  •  Ini biasanya berlaku di peringkat awalan pranatal apabila tisu dan sistem organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang berinteraksi dengan hormon dan nutrien.
  • Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkaitan semasa kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya.
  • Oleh itu, kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek keterampilan sosial, intelek atau kognitif, emosi yang berasaskan kepada persekitaran dan budaya kanak-kanak tersebut.
  • Haywood (1993), menjelaskan perkembangan sebagai perubahan tingkah laku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya.
  • Bailey & McFadyen (dalam Pickup & Price, 2007), menyatakan pertumbuhan adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat di mana individu memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek. Lazimnya disifatkan oleh peningkatan fungsi yang khusus dan rumit akibat faktor-faktor biologi dan persekitaran.

Interaksi Pertumbuhan, Proses Matang dan Perkembangan


Pertumbuhan --------------------Proses matang-------------------Perkembangan
Saiz Tulang Kognitif Kadar Seksual Emosi Badan Somatik Sosial Komposisi Gigi Moral Sistemik Otot-saraf Motor




Konsep Kendiri Harga Diri Kecekapan Nyata

1.6 Prestasi Fizikal (Physical Performance)
  • Perkembangan dan kehalusan sesuatu prestasi kemahiran dalam pelbagai aktiviti motor adalah meupakan suatu tugas perkembangan kanak-kanak dan remaja.
  • Semua kanak-kanak, kecuali yang mengalami kecacatan perkembangan yang serius, mempunyai potensi untuk berkembang dan belajar pelbagai kemahiran dan pola pergerakan asas dan khusus.
  • Pola pergerakan ini akhirnya akan digabungkan ke dalam kemahiran khusus yang menjadi paksi utama perkembangan tingkah laku kanak-kanak.
  • Sifat-sifat prestasi kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan, proses matang dan perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat.

1.7 Aktiviti Fizikal (Physical Activity)
  • Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan.
  • Ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot rangka dan yang menyebabkan peningkatan kecil penggunaan tenaga rehat.
  • Aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk penyelarasan berat badan dan accretion mineral tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja.
  • Peningkatan penggunaan tenaga yang diperlukan semasa aktiviti fizikal akan menyumbang kepada kecekapan fungsi pelbagai sistem, pengekalan berat badan, mengurangkan risiko penyakit degeneratif, mengurangkan risiko kematian awal dan meningkatkan kualiti kehidupan yang menyeluruh.
  • Aktiviti fizikal sering disalahtafsir sebagai sama dengan latihan (training).
  • Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam latihan.
  • Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu.

1.8 Pembelajaran Motor (Motor Learning) - Schmidt & Lee (2005)
  • Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama.
  • Pertama, pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran melibatkan satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan membolehkan seseorang itu menjadi lebih mahir.
  • Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung.
  • Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman.
  • Keempat, pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.
  • Hasil sintesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal.
  • Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.
Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau pengalaman.

Download Nota Lengkap : Definisi  dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan Pembelajaran Motor


3 Comments

  1. Assalamualaikum. Penulisan blog anda mengenai pembelajaran motor dapat sedikit sebanyak membantu saya mempelajarinya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana membantu saya mnyiapkan tugasan saya secara tidak langsung.
    #apiz dan nahar.. dua dua koya.. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment