Bercirikan kepada proses-proses biokimia, biofizikal, struktur dan fungsi yang bersepadu, kompleks dan tepat. Jangka masa pranatal, pada puratanya adalah 9 bulan atau 40 minggu.

2.1 Peringkat Pertumbuhan Prenatal
  • Terdiri daripada tiga peringkat yang nyata iaitu: 
(i) Persenyawaan ovum (zigot)- Merangkumi 2 minggu selepas persenyawaan

- Tempoh pembahagian sel yang pesat

- Semasa sel-sel membahagi, satu gumpalan sel yang berbentuk buah beri terhasil dan ini dikenali sebagai morula.
- Semasa minggu kedua, selepas persenyawaan, blastosit akan menempel di dinding uterus dan beberapa lapisan sel kelihatan dengan jelas. Lapisan yang paling penting akan membentuk embrio manakala lapisan lain adalah berfungsi untuk pemakanan embrio yang sedang membesar,
pembentukan plasenta dan tali pusat.

(ii) Embrio

- Tempoh bermula dengan pembentukan embrio dan terdiri daripada minggu kedua ke minggu kelapan.
- Tempoh ini adalah masa di mana pertumbuhan dan pembahagian sel yang pesat berlaku.
- Pada peringkat ini, pembahagian sel-sel akan membentuk tisu, organ dan sistem.
(iii) Fetus

- Tempoh bermula dari minggu kesembilan sehingga minggu keempat puluh.
- Peringkat ini merangkumi pertumbuhan saiz dan jisim yang pesat, perubahan bentuk dan perkembangan fungsi-fungsi di dalam tisu, organ
dan sistem.

2.2 Pertumbuhan Janin/Fetus
Bercirikan kepada pertumbuhan dan penambahan saiz badan, kadar pertumbuhan dan komposisi badan.
  • Saiz badan
- Keluk pertumbuhan janin adalah berbentuk S atau sigmoid iaitu keluk yang menggambarkan perubahan berat badan.
  • Kadar pertumbuhan
- Pada usia 2 bulan, janin lazimnya mempunyai kepala yang lebih besar berbanding saiz badan keseluruhannya, dan mempunyai anggota badan yang kecil dan pendek.
- Apabila mencapai peringkat pertengahan kehamilan, janin masih mempunyai kepala yang besar tetapi pertumbuhan yang pesat telah berlaku di bahagian pinggang dan anggota-anggota badan yang lain.
- Perubahan ini akan berterusan sehinggalah kepala janin, badan dan anggota-anggota lain berkembang mengikut kadar pertumbuhan yang
sepatutnya.
  •  Komposisi badan
- Walaupun berat dan panjang badan adalah petunjuk utama di dalam pertumbuhan janin, berat badan adalah lebih diutamakan.
- Kadar kandungan air di dalam badan akan berkurangan apabila berat janin semakin bertambah.
- Kadar kandungan lemak akan meningkat apabila berat janin meningkat kepada 1500g.
- Kepekatan nitrogen akan meningkat selaras dengan berat janin, begitu juga dengan kepekatan kalsium (pembentukan tisu tulang) dan fosforus (disebarkan di antara tisu lembut dan keras).

2.3 Aktiviti Motor Janin
  • Denyutan jantung boleh dikesan dalam tempoh 4 minggu selepas persenyawaan.
  • Dalam tempoh 5 – 6 minggu, pergerakan di bahagian atas tulang belakang boleh dikesan dengan alat ultrabunyi.
  •  Pergerakan lengan dan kaki boleh dikesan dalam tempoh 8 – 9 minggu.
  • Perubahan otot-saraf adalah berbeza mengikut umur.
  • Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu akan mempunyai otot-saraf yang berbeza berbanding janin yang dilahirkan selepas 25 – 26 minggu.
  •  Pantulan asas, tonus otot, tindak balas, dan tingkah laku deria motor akan berubah secara ketara kerana tempoh kelahiran yang berbeza.
2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Berat Janin
  • Jenis baka (genotaip)
  • Jantina
  • Status sosioekonomi (tempat tinggal, persekitaran)
  • Berat semasa ibu mengandung
  • Bentuk badan ibu
  • Berat badan yang diperolehi semasa hamil
  • Status pemakanan
  • Tabiat merokok atau meminum alkohol
  • Tabiat senaman
Lelaki pada lazimnya lebih berat daripada perempuan. Bayi pertama yang dilahirkan pada lazimnya lebih ringan berbanding kelahiran seterusnya. Bayi sulung dikenali sebagai primaparous manakala yang seterusnya dikenali sebagai multiparous

Post a Comment