Kajian berkaitan ketangkasan yang ingin dijalankan oleh pengkaji ini menerapkan aspek peniruan. Di mana, subjek kajian akan melihat, memerhati dan juga cubauntuk memahami demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji tentang bagaimana mahu menjalankan Ujian Illinois dan cara untuk melengkapkan latihan litar yangtelah dipilih untuk dijadikan intervensi.

Teori Albert Bandura (1986) menyatakan bahawa, terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan. Pertamaialah, perhatian, kedua mengingat, kemudian menuju kepada reproduksi dan seterusnya ke peringkat peneguhan atau motivasi.

Subjek kajian perlu menumpukan perhatian kepada demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perhatian subjek kajian kepada demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Contoh faktor yang mempengaruhi perhatian subjek kajian ialah, umur, jantina, status dan hubungan subjek kajian dengan pengkaji. Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, subjek kajian diajar untuk menerima dengan baik tentang arahan yang diberikan oleh pengkaji. Jadi, sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji telah terlebih dahulu meminta persetujuan daripada subjek kajian. Ini bertujuan untuk memupuk hubungan baik antara pengkaji dan subjek kajian demi untuk memastikan kelancaran perjalanan kajian yang telah dijalankan.

Seterusnya, subjek kajian perlu mengingat setiap butiran dan demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Perkara ini dapat dilakukan dengan bantuan pengkaji,secara verbal atau imagineri mental dan pemerhatian serta lakuan fizikal.Demonstrasi secara fizikal dilakukan dengan bantuan penerangan secara verbal.Selain itu, kad-kad bertulis dilihat dapat membantu meningkatkan ingatan subjek kajian berkaitan lakuan yang dikehendaki. Melalui kad-kad yang disediakan ini,pengkaji akan memilih kata kunci yang mudah diingati untuk membantu subjek kajian. Selain itu, pengkaji akan mendorong subjek kajian untuk membina imaginasi bagaimana untuk melaksanakan Ujian Illinois dan latihan litar tersebut.

Peringkat ketiga dalam teori Permodelan oleh Albert Bandura ialah,reproduksi. Ini ialah keadaan dimana, subjek kajian akan cuba untuk melakukansemula setiap perkara yang telah didemonstrasi oleh pengkaji. Kecekapan subjekkajian mengulang semula dan membuat lakuan sama seperti pengkaji bergantungkepada perhatian dan usaha untuk mengingat yang dilakukan oleh subjek kajian.Semakin tinggi perhatian yang diberikan, semakin berjaya subjek kajian menirulakuan pengkaji dan hasilnya, semakin berjaya usaha yang dilakukan oleh subjek kajian. Sebagai contoh, melalui latihan litar yang mempunyai Lompat Kuadran, jikaLompat Kuadran ini dilakukan dengan urutan yang betul, ia dapat membantu meningkatkan ketangkasan subjek kajian, sekali gus akan membantu membuktikan kajian untuk meningkatkan ketangkasan melalui latihan litar ini, telah berjaya.

Peringkat seterusnya ialah peneguhan atau motivasi. Pengkaji perlu membantu subjek kajian dengan memberi peneguhan terhadap lakuan mereka.Peneguhan boleh dibuat secara langsung dan tidak langsung. Peneguhan langsungialah, pengkaji memuji lakuan yang dilakukan dengan betul. Jika terdapat subjek kajian yang melakukan kesilapan sewaktu melaksanakan Ujian Illinois dan latihanlitar, pengkaji perlu terus menegur dan membetulkan lakuan mereka. Ini bagi memastikan kajian berjalan seperti sepatutnya.


Post a Comment