Permainan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara fizikal.
Ini melibatkan pergerakkkan menendang, membaling, menangkap, memanjat dan sebagainya.


Permainan menggalakkan aktiviti sosial.
Permainan begini melibatkan interaksi antara ahli keluarga dengan anak atau interaksi antara anak dengan kawan- kawannya.

OBJEKTIF

1. Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.

2. Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan.

3. Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan.

4. Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. ( Thorpe and Bunker, 1882 ) ( ‘Much of the pleasure involved in games playing lies in making correct decisions in the light of tactical awareness’ (Bunker and Thorpe , 1982 ).

5. Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi permainan – terserlah melalui permainan.

6. Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina kemahiran dan teknik.

7.Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal, berperanan utama dalam permainan, sayugia menjana jati diri ( self- esteem ) dan keperluan diri ( personal fulfillment ).

8. Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing – memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua.

Post a Comment