Pengertian Penilaian

Apakah itu penilaian dalam pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna untuk mempertimbangkan sesuatu keputusan. Penilaian juga merupakan perbezaan di antara ‘ hasil yang diperolehi’ dengan ‘apa yang diharapkan’.

Walaupun banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1966), pada asasnya penilaian merupakan satu proses membuat keputusan yang sisitematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran
maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat dicapai. Sebelum kita meneroka bidang penilaian, cuba terangkan maksud penilaian, mengikut kefahaman anda sendiri, Apa perlunya menjalankan penilaian?.

Objektif Penilaian dalam Permainan kanak-kanak

Para guru menjalankan penilaian dari semasa ke semasa untuk mempastikan bahawa segala usaha guru dan murid-murid adalah menuju ke arah matlamat yang dirancangkan.

Secara ringkas objektif penilaian dalam permainan kanak-kanak adalah meliputi perkara-perkara berikut:

1. Penilaian memainkan peranan dalam perancangan pengajaran.Penilaian sebelum pelajaran membekalkan guru dengan maklumat tentang murid yang telahpun mencapai objektif pelajaran dan mereka yang belum atau tidak mempunyai prakemahiran untuk mencapai hasil pembelajaran. Di akhir pelajaran, penilaian memberi maklumat tentang samada setiap murid telah mencapai objektif pelajaran dan juga maklumat tentang keberkesanan aktiviti pembelajaran yang telah digunakan oleh guru dalam pengajarannya.

2. Penilaian ialah teknik bagi memberi maklumat kepada murid tentang hasil pembelajaran dan kemajuan mereka . Murid di beri peluang membuat persediaan yang mencukupi terlebih dahulu dan mereka dinilai tentang apa yang mereka boleh melakukan dan apa yang mereka tahu. Penilaian yang berkesan perlu mencabar murid untuk merumuskan apa yang mereka telah mempelajari supaya mereka rasa berjaya dapat melakukan apa yang telah dipelajari. Mereka juga dapat mengetahui berapa banyak mereka sebenarnya telah belajar.

3. Penil aian seharusnya merupakan akiviti pembelajaran yang menarik minat murid, menggerakkan pembelajaran dan membantu pelajar menggunakan maklumat dan kemahiran mereka dalam situasi rekaan serta situasi sebenar.

4. Penilaian memberi maklum balas kepada guru tentang pengredan prestasi dan pencapaian pelajarnya.

5. Penilaian juga memberikan gambaran kepada guru ba gi menentuka n kump ul a n murid-murid berdasarkan kebolehan (klasifikasi) supaya pengajaran cara kumpulan lebih bererti.

6. Bagi perkembangan kemahiran permainan kanak- kanak penilaian dapat dijadikan ukuran untuk mengumpulkan maklumat seberapa banyak yang boleh untuk digunakan dalam penyelidikan pendidikan.

Post a Comment