1.0 PENGENALAN

Pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.Umumnya, pengajaran merupakan suatu yang diognostik dan prekriptif. Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menetukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum.Pengajaran akan berlaku sekiranya seseorang guru dapat melaksanakan semua tindakan tersebut.Menurut Ormrod (1995), dalam psikologi pendidikan, pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran iaitu kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan. Umumnya, pembelajaran merupakan satu proses memberi fokus kepada persekitaran semasa belajar. Teori pembelajaran merujuk kepada cara manusia dan haiwan belajar. Teori pembelajaran menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah. Namun, teori pembelajaran bukannya penyelesai masalah tetapi lebih kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah.Secara tuntas, pengajaran hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran.Pengajaran mempunyai erti perkataan pencapaian atau tugasan. Pembelajaran pula merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran mempengaruhi setiap perubahan tingkah laku manusia.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN

Ciri pembelajaran mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara sistematik bermula dengan penerimaan ransangan melalui organ deria diikuti oleh pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku.Pembelajaran merupakan pembentukan perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi yang mana perubahan tingkah laku selepas aktiviti pembelajaran yang stabil dan kekal. Ini bermaksud perubahan yang berlaku selepas aktiviti pembelajaran tidak berubah, dalam keadaan yang stabildan berterusan. Perubahan tingkah laku ini hendaklah dibentuk daripada proses pemikiran dan penanggapan. Ia bukan terhasil daripada proses pertumbuhan fizikal namun daripada proses kognitif. Hasil pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman atau latihan. Pembelajaran juga berlaku pada diri sendiri dengan usaha sendiri mengikut motif atau motivasi yang tertentu. Tanpa motif atau motivasi yang sesuai proses pembelajaran akan terhenti.Berdasarkan kepada ciri-ciri pembelajaran yang digunakan di atas, maka adalah penting kita memahami teori-teori pembelajaran. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberikan cadangan cara menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran bukannya penyelesai masalah tetapi sebenarnya menjuruskan kita kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah. Teori pembelajaran boleh dirumuskan sebagai merujuk kepada prinsip-prinsip danhukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi pendidikan. Pendidik dapat memahami tentang cara pelajar belajar dan dapat menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dan teknik yang digunakan.Mengikut teori pembelajaran Behaviorisme ialah tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Tokoh mazhab behavioris menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Ini bermakna apabila murid diberi ransangan oleh guru seperti pujian terhadap sesuatu yang mereka lakukan di dalam bilik darjah mereka akan menghasilkan bertindak balas seperti berusaha untuk menjadi yang lebih baik maka perubahan tingkah laku telah terjadi. Pengukuhan yang berterusan di dalam bilik darjah seperti memberi latihan dan aktiviti yang berterusan di dalam bilik darjah.Seterusnya, menurut teori pembelajaran kognitif, pembelajaran ialah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia yang mana pembelajaran hanya boleh berlaku berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.Pembelajaran melibatkan pembentukan hubungan proses mental yang mungkin tidak dapat diperhatikan. Pengetahuan murid akan di susun menjadi lebih sistematik apabila mereka membuat perbandingan dan mengingtegrasikan maklumat baru dan maklumat lama yang mereka pelajari.Menurut teori pembelajaran sosial prinsipnya melibatkan tiga unsur yang utama iaitu individu (proses), persekitaran dan tingkah laku. Individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intrinsiknya, persekitaran sebagai rangsangan luaran dan tingkah laku sebagai perlakuannya. Berdasarkan konsep pembelajaran, prinsip teori pembelajaran sosial dapat dirumuskan sebagai menentu dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial. Hal ini kerana, murid belajar dari proses peniruan atau model. Berdasarkan peniruan tersebut, telah memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh keyakinan terhadap tingkah laku ditirunya dengan memberi peneguhan positif. Daripada penerangan tersebut dapat dikaitkan dengan ciri pembelajaran iaitu pembelajaran akan berlaku pada diri sendiri usaha sendiri mengikut motif atau motivasi yang tertentu. Motivasi yang dimaksudkan ialah penggerak luaran sepertiibu bapa, guru atau model yang mereka lihat sebagai seorang yang boleh diikuti atau ditiru.

Seterusnya, merujuk kepada teori pembelajaran humanis yang dipelopori oleh Rogers berpendapat fitrah manusia, pada dasarnya adalah mulia dan baik.Individu akan bertumbuh secara semula jadi sekiranya persekitaran yang mereka hidup adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu mereka mepelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna.Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan dalam usaha membentuk dunia peribadi dan pembelajaran. Secara semulajadi setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari.Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil initiatif sendiridan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Teori pembelajaran Konstruktivisme mendukung makna ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan di mana pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Apabila seseorang murid mengalami sesuatu fenomena baru, murid akan menilai fenomena itu berdasarkan idea yang sedia adaserta pengalaman asasnya. Penilaian sedemikian berupaya mengubah persepsidan pemahaman atau berupaya mengabaikan maklumat baru itu sebagai sesuatu yang tidak relevan. Dalam erti kata lain, murid akan bertanya soalan, meneroka dan menilai apa-apa sahaja yang guru ketahui dalam proses pembinaan pengetahuannya.Secara tuntas, teori pembelajaran secara dasarnya merangkumi teori pembelajaran behaviorisme, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme. Kita akan meninjau implikasi-implikasi teori pembelajaran agar dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kelak

3.0 PERBANDINGAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN HUMANISME

Setelah mengetahui secara lengkapnya tentang prinsip-prinsip asas dalam teori pembelajaran konstruktivisme dan humanisme, kami telah membanding bezakan prinsip-prinsip kedua-dua teori tersebut. AspekTeori Pembelajaran Konstruktivisme HumanismeTokoh Proses membina pengetahuan berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.Jean Piaget, 1980.Pemikiran bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui interaksi sosial, LevVygotsky, 1934.


jadual

Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak perbezaan antara teori konstruktivisme dan humanisme yang telah dikenalpasti. Secara konsepnya, teori konstruktivisme memberi maksud pelajar membina pengetahuan sendiri dan mengaitkan pengetahuan yang baru itu dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada. Manakala, teori humanisme pula memperlihatkan pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang.Konstruktivisme menekankan aspek pembinaan pengetahuan baru manakala humanisme diperlihatkan aspek mengembangkan keupayaan pelajar dalam mencungkil dan mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka.Konstruktivisme menggunakan strategi berpusatkan murid dan guru,dimana murid-murid dan guru melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajran dan pembelajaran. Selain daripada itu, aktiviti berasaskan kumpulan, teknik sumbang saran, pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran juga membantu pembinaan pengetahuan baru murid-murid. Manakala, humanisme menekankan strategi berpusatkan murid sahaja, yang bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Aktiviti yang dilakukan pula hendaklah lebih berasaskan individu di mana pelajar digalakkan untuk memupuk pembelajaran kearah kendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Kaedah inkuiri iaitu penemuan idea baru melalui penerokaan sendiri. Aktiviti pengayaan danpemulihan juga hendaklah dilakukan supaya potensi pelajar dapat dipertingkat dari masa ke semasa. Secara prinsipnya pula, teori konstruktivisme menekankan bahawa pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan dan juga melalui interaksi antaraorang lain. Ini kerana interaksi dan pengaruh sosial membantu dan menyokong pembelajarandan membawa kepada pemikiran aras tinggi. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding dan pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka. Pembelajaran yang baru pula bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada pelajar. Ini bermaksud pembinaan pengetahuan baru bergantung kepada sejauh mana pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar dan bagaimana mereka mengaitkannya dengan pengetahuan baru. Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga pembelajaranbaru tercapai dan ianya menjadi lebih bermakna jika terdapatnya konteks tugasan berasaskan alam nyata. Dalam teori ini, guru dan rakan-rakan sebaya berperanan sebagai fasilitator iaitu membimbing pelajar membina pengetahuan baru.

Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik juga dapat membantu aplikasi dan pembinaan pengetahuan baru di samping persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus yang dapat membantu pemahaman pelajar. Akhir sekali, pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.Berbeza dengan teori konstruktivisme yang menekankan aspek pembinaan pengetahuan baru, humanisme memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari apa yangmereka kehendaki dan ketahui. Ini adalah kerana keinginan untuk belajar dan mengetahui carabelajar lebih penting daripada pemerolehan fakta. Perasaan pelajar pula dikira sama pentingdengan fakta-fakta yang dicari. Humanisme juga mengatakan bahawa pembelajaran caramerasa adalah sama penting dengan cara berfikir. Penilaian yang dibuat oleh pelajar iaitu penilaian kendiri lebih bermakna pada dirinya namun, pelajar perlu dapat mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. Pembelajaran berlaku dengan baik jika pelajar berasa selamat dan berada dalam persekitaran yang tidak mengancam secara fizikal, emosional, psikologiserta nyaman.

Tuntasnya, teori humanisme jauh berbeza dengan konstruktivisme keranateori ini sangat mengambil kira pembelajaran berlaku sekiranya potensi pelajar dapat dicungkil dan seperti informasi di atas, konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan baru berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Pencapaian yang ditetapkan. Pembelajaran berlaku dengan baik jika pelajar berasa selamatdan berada dalam persekitaran yang tidak mengancam secara fizikal, emosional, psikologiserta nyaman.


4.0 APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN HUMANISMEDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Umumnya, Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing. Teori ini mempunyai asas kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.Sebagai contoh, untuk memainkan peranan dalam mencungkil bakat murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Oleh itu, saya memberi pendedahan kepadamurid-murid dengan mengadakan pertandingan melukis dan mewarna sebagai contoh.Saya akan mengaplikasikan konsep ini seperti mana yang terdapat dalamteori pembelajaran konstruktivisme. Murid-murid berasa sangat gembira apabila bakat dan pengetahuan sedia ada mereka dapat ditonjolkan dan dikembangkan.Hadiah juga akan diberikan kepada pemenang dan memberikan murid lima bintangsekiranya berjaya melukis dengan cantik sebagai peneguhan tingkah laku yang positif. Pengetahuan sedia ada ini saya kembangkan dengan memberi peluang kepada yang berjaya mengajar murid yang belum dapat menguasainya pula. Saya membenarkan murid mengajar rakannya kerana teori ini mengatakan kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakannya yang membimbingnya. Saya gunakan strategi berpusatkan murid, kumpulan, sumbangsaran, pembelajaran koperatif,perbincangan, penyelesaian masalah dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini secara tidak langsung dapat mengawal suasana di dalam bilik darjah dengan berkesan.Selain itu juga, saya perlulah merancang pembelajaran dan pengajaran mengikut tahap keupayaan murid. Misalnya merancang pengajaran tahun empat adalah sama tetapi mempunyai perbezaan aras. Guru juga perlulah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber untuk membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu. Kanak-kanak juga lebih mudah faham apabila rakan yangmembimbingnya dan dengan membuat perbincangan dalam kumpulan, muriddapat berkongsi idea dan mendapat pengetahuan yang lebih jelas.Tambahan lagi,guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar misalnya tugasan yang berkaitat dengan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar serta simulasi. Semasa perbincangan, guru perlulah memberi arahan dengan jelas selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar.Bertunjangkan memberi layanan yang mesra kepada pelajar iaitu Teori Pembelajaran Humanisme. Perbezaan latar belakang akan mempengaruhi sikap murid di dalam bilik darjah. Teori yang saya aplikasikan ini ialah teori pembelajaran humanisme .Murid yang lahir dalam keluarga yang agak susah akan kurang keyakinan diri. Mereka akan sentiasa berasa rendah diri dan gemar bersendiri.Oleh itu, saya selaku guru perlulah menerima murid seadanya tanpa pilih kasih. Saya akan memberi layanan yang adil dan sama rata di antara mereka agar mereka tidak berasa disisihkan. Saya juga memberi peluang kepada murid untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran sendiri. Saya akan berusaha menjadi fasililator untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik dalam diri murid.Sekiranya rasa kurang keyakinan dan rasa rendah diri murid dapat difahami,proses pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan cara yang sepatutnya kerana murid akan berasa masih dihargai dan disayangi walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza. Guru juga perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif dalam kalangan murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi dengan sewajarnya kerana kesempurnaan kendiri hanya boleh dicapai selepas keperluan asas telah dipenuhi.Saya juga akan memberi layanan yang mesra kepada mereka agar hubungan antara saya dan mereka dapat dierat dan diperkukuhkan. Apabila guru berhubung rapat dengan pelajar, mereka akan menunjukkan motivasi intrisik yang tinggi.Dengan ini, perasaan rendah diri dapat diatasi. Sikap guru seperti ini akan mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid. Justeru, pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang selesa dan kondusif.

Selain itu, guru juga perlulah memberikan fokus kepada pelajar bukannya subjek tertentu. Dengan kata lain, guru perlulah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai pelajar. Pelajar juga diberi peluang untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran. Untuk membina hubungan sosial dan kemahiran emosi, guru hendaklah melibatkan pelajar dalam gerak kerja kumpulan. Guru juga bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan kumpulan. Selain itu, guru menjadi role-model kepada pelajar bertujuan memupuk sikap dan tabiat baik. Guru juga perlulah memberi pujian dan gerakbalas yang sesuai dengan isi pelajaran dengan aras pemikiran dan keperluan pelajar. Pelajar juga tentukan aktiviti pembelajaran seterusnya. Aktiviti pemulihan juga tidak terkecuali bagi pelajar lemah untuk pembinaan konsep kendiri positif serta perancangan pengajaran mengambil kira minat kecenderungan dan kesediaan pelajar .Hormat-menghormati antara guru dan pelajar juga diterapkan.

Rumusan


Kesimpulannya, teori pembelajaran amat penting kepada setiap guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan mengikut perancangan awal. Setiap guru perlulah pandai mengaplikasikan setiap teori kepada setiap masalah yang timbul supaya masalah itu dapat diselesaikan. Kita sebagai guru perlu berfikir jauh ke hadapan supaya dapat melahirkan anak murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.Teori pembelajaran amat penting bagi membantu guru memilih strategi mengajar dengan berkesan. Terdapat lima teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behaviorisme, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme. Teori pembelajaran humanis menghuraikan fitrah manusia, pada dasarnya adalah muliadan baik. Teori konstruktivisme melihat manusia sebagai individu yang membina pengetahuan berdasarkan pengalaman Selain itu, proses pembelajaran dan pengajaran perlulah bergerak dengan seiring supaya murid memperolehi ilmu, pengetahuan baru dan guru berjaya menyampaikan ilmu tersebut tanpa timbul sebarang masalah. Jika setiap teori pembelajaran dapat diaplikasikan semasa dalam kelas dengan baik maka guruakan berjaya melahirkan suasana kelas yang kondusif dan ceria untuk murid.Tambahan lagi, guru yang bertindak sebagai fasilitator perlu merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran tersebut. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahukepada tahu. Terdapat bebarapa model yang dipraktikkan oleh guru-guru padamasa kini. Tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim,muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.



Post a Comment