1.0 Pendahuluan

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.Dengan itu pendidikan jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik;memperoleh pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Pendidikan Jasmani Suaian pula ialah modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program pendidikan jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakukan aktiviti tersebut.
Pengurusan program Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah mengandungi beberapa aspek kepentingan  seperti untuk memperkembangkan potensi individu secara maksimum, mengintergrasikan bidang psikomotor, afektif dan kognitif serta penumpuan kecergasan fizikal.Murid-murid yang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani Suaian perlulah dikenalpasti terlebih dahulu.Terdapat tiga kaedah penting yang perlu digunakan untuk tujuan itu iaitu pengenalpastian mengikut kategori keperluan khas iaitu umur, jantina dan tahap kesihatan.Selain itu, ia juga boleh melalui IEP (Individualized Education Programme) PL 94 -142 dan IDEA ( Individuals with Disabilities Education Act (0-21 tahun).

1.1 Definisi-definisi pendidikan jasmani

Jenny (1961) berpendapat bahawa walaupun pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal.Matlamat pendidikan jasmani ialah untuk mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Borrow (1971) meletak pendidikan jasmani di dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan ( the total educational experience ) dan menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dalam seumur hidup setiap individu.Apabila pendidikan jasmani memberi sumbangan kepada pendidikan lain, maka fungsi pendidikan jasmani sebagai alat pendidikan dipenuhi.

Balley & Field ( 1976 ) berpendapat bahawa pendidikan jasmani ialah satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuro maskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan aestetik hasil daripada atau melalui aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

Dengan erti kata lain, pendidikan jasmani bertujuan untuk membangunkan segala aspek seseorang individu secara keseluruhan melalui kaedah fizikal.Keunikan ciri ini menjadikan pendidikan jasmani berbeza daripada cabang-cabang pendidikan yang lain.

Fokus Kajian Kes

2.0 KATEGORI KECACATAN
2.1.1 SEJARAH RINGKAS PENDIDIKAN MURID-MURID BERMASALAH
         PENDENGARAN

Pendidikan Murid-murid Bermasalah Pendengaran di Malaysia telah dimulakan dalam tahun 1954, dengan tertubuhnya sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Sekolah Kanak–Kanak Pekak Persekutuan, Pulau Pinang. Sekolah ini telah dipelopori oleh Lady Templer, Dr.Reild, Cik Joyce Hickes dan beberapa orang lain yang berminat dalam kerja–kerja kebajikan. Beberapa orang guru daripada sekolah ini telah dihantarkan ke luar negara untuk mendapatkan latihan di bidang  khas Pendidikan Kanak-Kanak Pekak. Sekolah ini telah bermula dengan hanya bergantung kepada derma daripada orang ramai. Apabila sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya maka usaha-usaha untuk membaikinya telah dilipat gandakan dan dengan ini telah diletakkan dibawah Pentadbiran Kementerian Pelajaran.

Murid–murid sekolah ini datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk menerima pendidikan sekolah rendah dan menengah dan sekarang ini mempunyai 368 orang murid lelaki dan perempuan. Pelajaran mereka adalah seperti murid-murid biasa dengan adanya penekanan kepada pelajaran Vokasional untuk memberi kemahiran seperti menggunting rambut, pertukangan kayu, masak-memasak dan sebagainya . Oleh kerana murid-murid bermasalah pendengaran bertambah ramai maka sekolah di Pulau Pinang tidak dapat lagi menampung semua murid-murid yang terdapat di Malaysia. Maka suatu pelajaran yang digelar “Rancangan Percantuman” untuk murid-murid bermasalah pendengaran telah dimulakan.

2.1.2 MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN

1954        * Pembukaan kelas khas di Jalan Northam Di Pulau Pinang di bawah kendalian pertubuhan sukarela.
* Pembukaan sekolah kanak-kanak bermasalah pendengaran persekutuan rendah dan menengah Tanjung Bungah.

1963        * Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas rancangan percantuman bermasalah pendengaran oleh kementerian pendidikan di sekolah rendah dan menengah.
* Latihan perguruan pendidikan khas bermasalah pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur.

1978        * Pengenalan komunikasi seluruh (total communication) oleh Kementerian  Pendidikan / Amerika Peace Corps
* Pengubalan sistem bahasa melayu kod tangan BMKT.
* Penubuhan jawatan kuasa kebangsaan komunikasi seluruh oleh kementerian pendidikan.

1979        * Kursus dalam bidang perkhidmatan bagi guru-guru cacat pendengaran dalam bidang komunikasi seluruh.

1984        * Penubuhan jawatan kuasa kerja penyelarasan komunikasi seluruh untuk perkembangan sistem kod pendidikan Islam.
*  Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil kod dasar agama Islam
* Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil kod dasar KBSR tahap Bahasa Malaysia kod tangan.
* Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil penggubalan kod tangan pendidikan vokosional dan teknikal.
1987        *  Sekolah–sekolah pendidikan khas diwujudkan dengan pentadbiran berasingan di bawah tanggungjawab pusat.
* Penubuhan sekolah menengah pendidikan khas vokasional Shah Alam, Selangor.

2.1.3 DEFINISI MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain.

Stephen P.Quigley dan Robert E. Kretschmer (1982) dalam buku ‘The Education of Deaf Children ‘ mendefinisikan cacat pendengaran sebagai kanak-kanak atau orang dewasa yang pekak iaitu seseorang yang tahap pendengarannya teruk di mana 91 dB atau lebih terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur.

Hans G. Furth (1972) dalam “Deafness and Learning” mendefinisikan cacat pendengaran sebagai ‘kehilangan fungsi pendengaran yang teruk sehingga menghalang pertuturan walaupun dengan bantuan alat pendengaran apabila tahap cacat pendengaran itu dikesan semasa lahir atau semasa bayi.Ia menghalang penguasaan bahasa melalui saluran pendengaran normal.

Definisi yang biasa diterima dari aspek pendidikan diperolehi daripada Executive Commettee of the Conference of Educational Administratiors Serving the Deaf Daniel & Kaftman, 1978, “Exceptional Children “) iaitu, “Hearing Impairment”.Istilah generic yang menunjukkan kecacatan pendengaran yang dalam tahap ringan (mild) ke tahap teruk (severe), ini termasuk subset ‘deaf’ dan ‘hard of learning’.

“Deaf” didifenisikan sebagai seseorang yang cacat pendengarannya tidak dapat peroleh kejayaan proses penerangan linguistik melalui ujian atau tanpa alat bantu dengar.”Hard of hearing” ialah seseorang yang tahap pendengarannya masih terdapat sisa-sisa atau baki pendengaran yang biasanya menggunakan alat bantu dengar untuk mendapatkan kejayaan proses penerangan linguistik melalui ujian.( Brill, et al. 1986)

Menurut Cruishank, (1975) di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak mendengar dan juga bila kecacatan itu dialami.

2.1.4  MEMAHAMI MASALAH PENDENGARAN

Seseorang yang mengalami masalah pendengaran ialah orang yang tidak boleh mendengar atau memahami percakapan atau bunyi yang lain.Masalah pendengaran bukanlah seperti  kecacatan dalam fizikal.Ianya  adalah satu bentuk masalah yang tersembumbunyi yang hanya akan diketahui apabila kita hendak berkomunikasi dengan mereka.Tidak semua orang yang mengalami ini tidak boleh mendengar langsung.Ramai kanak-kanak disekolah seumpamanya,dapat mendendar dan bercakaptetapi didalam lingkungan yang terhad. Komunikasi seseorang yang mengalami masalah pendengaran ini bergantung kepada faktor yang terhad seperti tahap kehilangan pendengaran ,jenis kehilangan pendengaran,usia masalah pendengaran iniu berlaku,intelek personaliti,keluarga mereka dan juga pendidikan mereka.

Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan alat khas yang dinamakan audiometer.Masalah pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut:

        I.          Ringan (mild)-Kehilangan pendengaran 20-40(desibel)
       II.          Sederhana(moderate)Kehilangan pendengaran 40-70 (desibel)
      III.          Teruk (severce)-Kehilangan pendengaran 70-95 (desibel)
       IV.          Amat teruk (Profound)-Kehilangan pendengaran melebihi 95 (desibel)
2.1.4  KATEGORI KANAK-KANAK KURANG UPAYA PENDENGARAN

a) Separuh Pekak
Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka  rosak tetapi ianya masih terdapat sisa pendengaran.Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi samaada dengan bantuan alat pendengaran atau tidak (Brill,Mac Neil &Newman. 1986).

b)  Pekak
Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi langsung.Kecacatan  diperolehi samada sebelu ,semasa atau selepas kelahiran.(Brill.Mac Neil & Newman,1986).

2.1.5 DARJAH KEPEKAKAN
Menurut Paul dan Quigley (1990) sseseorang yang kurang upaya pendengaran tidak dapat menggunakan   pendengarannya,   memahami pertuturan walaupun mereka mempunyai sisa pendengaran.

Menurut Northerm dan Lemme (1982) untuk memahami pertuturan  kita hanya perlu 10-15 dB (desible) kekuatan bunyi yang didengar berbanding bunyi persekitaran. Terdapat enem peringkat (kategori) kurang upaya pendengaran menurut Daniel  Phallahan dan James Kaufman (1997) iaitu‎ :



Darjah
Kategori Tahap Pendengaran                        
Penempatan
> 26 db                             
Normal, boleh mendengar                        
Sekolah biasa
27 - 40 db sedikit.
boleh mendengar bunyi vokal tetapi mungkin
tidak menyedari beberapa bunyi konsonan
sekolah biasa dengan mengunakan alat bantu mengajar

41 - 55 db
ringan @ sederhana.
dapat mendengar bunyi- bunyi pertuturan yang kuat sahaja.boleh dengar pertuturan pada jarak 3 - 5 kaki.
perlu perhatian sekolah biasa dengan alat bantu dengar yang ada guru khas yang ada guru khas.
di tempatkan sebahagian hari dari dalam sehari di sekolah biasa dan sebahagian hari lagi di tempatkan di sekolah biasa dengan kelas khas

56 - 70 db
sederhana teruk.
tidak dapat mendengar bunyi pertuturan dalam perbualan biasa.
di tempatkan di sekolah bercantum/kelas khas.

71 - 90 db
teruk
tidak dapat mendengar bunyi  pertuturan.
di tempatkan di sekolah bercantum/kelas khas.
91 db ke atas
sangat teruk.
tidak dapat mendengar langsung bunyi bunyi pertuturan atau lain lain.
menghadapi masalah kerencatan bahasa dan tidak dapat beri perhatian sepenuhnya

JADUAL MENUNJUKKAN DARJAH KEPEKAKAN



Post a Comment