Murid-murid berkeperluan khas yang mengalami kesukaran dalam menjalankan aktiviti sangat memerlukan pendekatan yang berbeza kepada murid yang normal. Pendekatan yang berbeza diperlukan mengikut kemampuan dan kebolehan murid berkeperluan khas tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan agar mereka dapat mengikuti dan mampu menjalankan aktiviti yang telah dirancang serta disediakan untuk mereka.

Justeru itu, Pendidikan Jasmani untuk golongan ini memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut kemampuan kerana mereka tidak boleh menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan seperti golongan yang normal. Sukatan pelajaran dan pendekatan yang tersendiri adalah diperlukan kepada mereka. Oleh kerana golongan ini mempunyai perbezaan dari segi tahap keupayaan maka keperluan dan kemudahan yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian dengan keadaan  mereka.

Proses untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki dan berkait rapat dengan pemilihan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan dan memperolehi pengetahuan dan pembangunan sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Pendidikan jasmani ini adalah untuk meningkatkan peningkatan fizikal,belajar bekerjasama dari segi sosial dan dari segi mental pula ianya dapat melatih mental kita belajar dan berkembang... Read More >>>


Download nota di sini >>




Post a Comment