Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan jurnal yang saya bacaan, saya memilih  artikel yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.

Tajuk Artikel : Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas 
Penulis : Safani Bari & Hamdan Mohd Ali 
Bilangan muka surat : 10 muka surat 
Sumber : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Jurnal yang ditulis SAFANI BARI & HAMDAN MOHD ALI ini adalah sebuah kajian mengenai pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani suaian yang dijalankan di sekolah yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar berkeperluan khas. Penulis membincangkan perbezaan keperluan pendidikan antara murid normal dan berkeperluan khas di sekolah. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas. Pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Menurut penulis, banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna.

Melalui artikel ini, penulis menyatakan beberapa masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani kepada pelajar-pelajar khas di sekolah percantuman dan sekolah khas. Saya bersetuju dengan kenyataan penulis yang menyatakan antara masalah yang dihadapi adalah masalah komunikasi antara  guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal, masalah kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas dan kekurangan guru Pendidikan Jasmani yang berkelayakan.

Penulis menggunakan responden kajian yang terdiri daripada guru sekolah menengah yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran kelas Pendidikan Jasmani dan juga guru yang terlibat secara langsung aktiviti fizikal di luar waktu kelas formal yang melibatkan pelajar khas. Sekolah yang dipilih melibatkan 5 buah sekolah percantuman dan 2 buah sekolah khas yang hanya menempatkan pelajar-pelajar khas. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat seramai 36 orang guru yang mengajar Pendidikan Jasmani kepada pelajar khas. Hanya 50% (18) daripada guru-guru tersebut ialah guru-guru Pendidikan Jasmani yang memiliki kelayakan. Tidak semua daripada mereka pernah mengikuti kursus secara khusus mengajar Pendidikan Jasmani Suaian. Pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani juga didapati longgar iaitu mengikut budi bicara guru yang melaksanakannya. Lebih ketara lagi, aktiviti dalam Pendidikan Jasmani dilaksanakan kepada pelajar berkeperluan khas adalah dirujuk daripada buku panduan aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar normal.

Saya juga bersependapat dengan penulis yang mana mengatakan Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental. Masalah ini patut diatasi dan ditangani kerana aktiviti Pendidikan Jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Dalam artikel ini juga penulis menerangkan beberapa kesan jika Pendidikan Jasmani Suaian dapat dilaksanakan sebaik-baiknya kepada pelajar berkeperluan khas. Menurut Hvozdovic 2003, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence).

Maklumat Lanjut : www.scribd.com/mohd_muhammad_29


Post a Comment