1.1 Pengenalan
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah sebahagian daripada proses dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri namun terdapat perkaitan yang rapat dengan proses pelaksanaannya. Malah ketiga-tiga perkara ini saling membantu antara satu sama lain dalam pencapaian matlamat yang sama dalam sesuatu proses pendidikan.
1.2 Definisi Ujian, Pengukuran dan Penilaian
1.2.1 Ujian
Ujian adalah sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan mengukur atau menilai keupayaan dan prestasi individu yang hendak dinilai (Morrow, Jackson dan Mood, 2005). Jika di sekolah keupayaan dan prestasi pelajar dapat diukur sama ada sebelum, semasa dan selepas sesuatu proses pengajaran dilaksanakan. Ia boleh terdiri daripada beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkahlaku melalui senarai semak atau rekod anekdot atau alat mekanikal seperti basikal treadmill. Ujian di peringkat sekolah dapat kita lihat semasa dalam peperiksaan bertulis pada akhir semester. Keputusan daripada ujian boleh digunakan sebagai mengkelas dan mengredkan pelajar yang dinilai.
Berdasarkan R.M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Learning, pengujian ialah cara yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkahlaku seseorang individu. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkahlaku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar. Ia merupakan sebagai satu alat pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada domain kognitif, psikomotor dan afektif.
1.2.2 Pengukuran
Pengukuran pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan permarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah proses mengutip maklumat dalam bentuk angka dan nombor yang diperolehi dari ujian yang telah dilaksanakan bagi menentukan tahap atau ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang individu. Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
1.2.3 Penilaian
Penilaian pula boleh didefinisikan sebagai proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidikan menggunakan timbalbalas pelajar sebagai stimulasi secara semulajadi untuk membentuk kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dengan kata lain penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklumbalas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
1.3 Konsep Ujian, Pengukuran dan Penilaian
1.3.1 Konsep ujian
Ujian ini memerlukan pelajar menunjukkan cara eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis atau mendemontrasikan, perubahan tingkahlaku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya. Oleh itu, di dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran bagi mengukur tahap prestasi.
Proses pengujian lazimnya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti dengan peringkat pelaksanaan (pentadbiran) dan diakhiri dalam peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian ini, seseorang guru akan mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah berjaya menguasai kemahiran atau memperolehi tahap ilmu pengetahuan yang telah dipelajari. Ini termasuklah prestasi dan keupayaan bagi mengukur tahap psikomotor individu.
1.3.2 Konsep Pengukuran
Pengukuran ialah suatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala aspek pengujian termasuk menggunakan skala ordinal atau skala sela untuk menentukan kedudukan dan pencapaian pelajar-pelajar dalam sesebuah kelas atau di antara kelas. Skala ordinal merupakan sesuatu alat pengukuran yang digunakan untuk menempatkan pangkatan atau kedudukan pelajar-pelajar mengikut markah-markah yang yang diperolehi daripada sesuatu ujian. Skala selang, yang mengandungi unit markah dengan sama berat nilainya, adalah digunakan bukan sahaj menentukan pangkatan, tetapi juga membuat perbandingan di antara pelajar-pelajar dalam sesebuah kelas yang sama atau pun di antara kelas-kelas yang lain. Ringkas kata, skel ordinal digunakan berdasarkan prestasi atau pencapaian mereka. Skel selang, yang meliputi markah dang red, digunakan untuk menentukan peringkat pencapaian di antara pelajar.
1.3.3 Konsep Penilaian
Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meluputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Hasil dari penilaian boleh digunakan sebagai rujukan bagi menilai proses pembelajaran, presatas dan keupayaan individu yang dinilai. Dengan itu data tersebut boleh dijadi panduan bagi guru atau jurulatih bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan membaiki proses pengajaran guru. Data tersebut juga dapat dijadikan bahan rujukan dan maklumbalas kepada pelajar, ibu bapa, guru dan jurulatih.
1.4 Rumusan
Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian. Ujian adalah sebahagian daripada pengukuran dan pengukuran dan ujian berada dalam penilaian. Ketigatiga konsep ini santa penting dalam proses menilai tahap dan bertujuan mengkategorikan pelajar mengikut prestasi masing-masing sama ada dalam pelajaran dan prestasi kemahiran. Ini bermakna tiga domain dalam pengajaran seperti psikomotor, kognitif dan afektif dapat dinilai. (Bashah,
Post a Comment