Objektif dan tujuan penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Dalam  Pendidikan  Jasmani,  penilaian  yang  dijalankan  akan  dapat  membantu guru menilai kemampuan pelajar serta dapat memberikan penanda aras bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Antara objektif penilaian dalam pendidikan jasmani  ialah :
  • Mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh tentang prestasi mereka dalam mencapai sasaran pembelajaran melalui ujian sumatif.
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
  • Mengetahui keberkesanan pengajaran bagi membuat penyesuaian
  • Merancang dan mengubah suai pengajaran
  • Memantau kemajuan murid bagi tujuan laporan dan tindakan susulan
  • Merangsang pencapaian yang lebih tinggi
  • Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran

Objektif dan tujuan penilaian dalam Sukan


Dalam kegiatan sukan kita juga perlu membuat penilaian agar sukan yang kita ceburi akan mencapai matlamat dan dapat dilaksanakan dengan selamat.  Biasanya dalam sukan beberapa ujian sering dilakukan seperti ujian kecergasan fizikal, ujian kemahiran, ujian pemilihan, ujian menentukan ranking dan sebagainya.  Di antara objektif dan tujuan penilaian dalam sukan ialah:

  • Untuk mengenal pasti tahap kecergasan, risiko mendapat penyakit, kontraindikasi tubuh terhadap senaman, peningkatan kesihatan semasa dan selepas program senaman. Kita boleh melakukan ujian makmal dan di padang untuk menilai setiap komponen kecergasan fizikal dan membangunkan tahap kecergasan
  • Pengukuran dan penilaian dalam sukan amat penting.  Hasil pengujian  boleh digunakan sebagai  maklumat dan informasi  untuk membuat sesuatu keputusan.  Biasanya proses penilaian ini menggunakan alat pengukur.  Diantara alat pengukur dalam proses penilaian ialah ujian.  Biasanya maklumat yang diperolehi dijelaskan berpandukan piawai. 
  • Tujuan pengujian juga adalah untuk penempatan.  Kita boleh menggunakan ujuan untuk meletakkan atlit dalam  kelas masing-masing mengikut kemampuan mereka.  Guru atau jurulatih boleh membuat diagnosis untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seseorang atlit.  Penilaian Berdasarkan Pencapaian adalah salah satu alat ujian yang dapat membantu dalam penyediaan bagi menempatkan seseorang individu atau atlit itu.  Pengujian juga sesuai untuk individu membuat jangkaan pencapaian pada aktiviti masa depan dan juga kemajuan dari semasa ke semasa.
  • Penilaian Program – digunakan sebagai bukti untuk menilai program dan juga sebagai motivasi.  Keputusan ujian boleh meningkatkan motivasi seseorang
  • Menentukan standard.  Standard yang digunakan sebagai rujukan sama ada rujukan norma atau rujukan kriteria sebagai rekod pencapaian atlit dalam sesuatu kemahiran.
  • Membekal maklumat untuk kajian lain.  Penilaian membolehkan maklumat yang dihasilkan dapat digunakan untuk kajian di masa hadapan

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan,  penilaian ke atas pelajar amat penting kerana setiap penilaian yang dibuat oleh seorang guru akan mengukur tahap seseorang pelajar. Penilaian ini juga turut memberi kesan terhadap pelajar untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam akademik mahupun kokurikulum. Penilaian ke atas pelajar ini dapat dilakukan melalui beberapa cara sebagai contoh melalui peperiksaan bulanan. Keputusan ujian yang telah dilakukan dapat dinilai oleh guru sama ada pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.

Setiap penilaian yang telah ditadbir oleh guru akan memberi kesan terhadap pelajar untuk mengukuhkan keputusan yang baik atau sebaliknya. Di samping itu penilaian peperiksaaan ini dapat membantu guru menukar atau mengubah cara pengajaran di dalam kelas agar pengajaran yang disampaikan dapat difahami oleh pelajar secara keseluruhan. Guru juga dapat menggunakan alat bantu mengajar yang lain supaya memberi kesan kepada pelajar khususnya ketika menghadapi peperiksaan.


Post a Comment