Objektif dan tujuan penilaian

Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil pembelajaran pelajar, mendiagnos kesulitan belajar, memberikan maklumbalas atau penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat memperolehi  informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar oleh pelajar, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan pelajar dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikulum itu sendiri.

Selain itu tujuan lainnya ialah sebagai penggerak atau motivasi bagi pelajar-pelajar. Dengan adanya ujian, pelajar-pelajar cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar pelajar akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan pelajar-pelajar di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan.

Seterusnya untuk merangsangkan pelajar supaya terus memperbaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS (penilaian kemajuan berasaskan sekolah) dan PBS (pentaksiran berasaskan sekolah)

Disamping itu, penilaian ini juga bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.

Seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperolehi dari PKBS dan PBS. Ia juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.

Seterusnya penilaian bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas (feedback), meninjau sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai oleh pelajar, menentukan kemajuan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran, memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran, memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak, memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran selanjutnya.

Daripada penilaian yang dijalankan, guru dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar pelajar berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat


Post a Comment