Kebolehpercayaan

Apa yang anda faham tentang kebolehpercayaan?

Mohd. Majid Konting (2005) Kebolehpercayaan ialah ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pembolehubah atau gagasan. Ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur sesuatu ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sebaliknya. Sekiranya ujian yang diberikan kepada kumpulan individu tertentu dalam sehari sepatutnya menghasilkan keputusan yang sama jika ujian tersebut diberikan kepada kumpulan yang sama pada hari yang berikutnya. Mungkin sesetengah individu tidak mempunyai keputusan yang sama terhadap pengurusan ujian yang kedua kerana kepenatan, motivasi, keadaan sekeliling dan kesilapan mengukur boleh mempengaruhi keputusan. Walau bagaimanapun, ia boleh menghasilkan susunan keputusan yang sama jika ujian tersebut mempunyai kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten dan tekal.

Untuk ujian yang mempunyai kadar kesahan yang tepat, ia hendaklah mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Jika keputusan ujian tidak boleh dipercayai, kesahan terhadap ujian menjadi terhad. Bayangkan anda menguruskan satu ujian untuk mengukur kebolehan menendang bola untuk hantaran jauh sebagai permulaan kelas permainan bola sepak. Mungkin ramai individu akan mendapat keputusan yang bagus dalam percubaan yang pertama tetapi keputusan yang semakin menurun bagi percubaan yang berikutnya. Kekurangan konsistensi akan mempengaruhi kesahan ujian tersebut, meskipun kebolehpercayaan yang tinggi tidak diperlukan. Ini bermakna ujian kesahan adalah tinggi.

Sesetengah ujian akan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi daripada yang lain dalam bidang sukan. Ujian fizikal seperti larian, lompatan, dan balingan secara keseluruhannya mempunyai kebolehpercayaan koefisien yang tinggi. Sebaliknya, ujian seperti membuat servis dalam permainan tenis, badminton dan golf selalunya mempunyai kebolehpercayaan koefisien yang rendah. Safrit dan Wood (1995) dan Miller (2006) mencadangkan nilai pekali korelasi atau pekali kebolehpercayaan dari 0.80 hingga 1.00 adalah tinggi, 0.60 hingga 0.79 sederhana tinggi, 0.40 hingga 0.59 sederhana, 0.20 hingga 0.39 rendah dan 0.00 hingga 0.19 menunjukkan tiada perkaitan.

a. Ujian kebolehpercayaan berkaitan norma

Empat kaedah untuk menganggarkan kebolehpercayaan terhadap ujian berkaitan norma adalah kaedah ujian-semula, bentuk selari, pembahagian setengah, dan Kuder Richardson Formula 21.

 (i) Kaedah ujian semula (Ulang uji)

Kaedah ujian semula memerlukan dua pengurusan ujian yang sama terhadap individu kumpulan yang sama, dengan pengiraan terhadap pertalian koefisien di antara dua set markah. Kaedah penghasilan pertalian atau analisis perbezaan mungkin digunakan untuk mengira koefisien. Dalam persekitaran sekolah, sumber kesilapan yang terbaik dalam kebolehpercayaan ujian semula adalah disebabkan perubahan terhadap pelajar itu sendiri. Jika ujian pengetahuan dilakukan, mereka akan sentiasa sedar akan soalan yang akan ditanyakan dalam ujian semula dan jawapan mereka berikan adalah jawapan pada ujian yang pertama.

(ii) Kaedah bentuk selari

Kaedah ini memerlukan pentadbiran yang selari atau sama banyak terhadap ujian yang diberikan kepada kumpulan yang sama dan pengiraan berkaitan koefisien antara dua set markah. Kedua-dua bentuk ini dapat dilakukan semasa waktu ujian yang sama atau dalam dua waktu yang berlainan dengan masa yang terhad. Masalah yang selalu timbul dengan kaedah ini adalah menganggarkan kesukaran kebolehpercayaan dalam membentuk dua set yang selari dalam isi kandungan dan ciri-ciri sifat tersebut. Jika ujian ini dilakukan dalam masa yang singkat, pembelajaran, motivasi dan keadaan penilaian tidak akan mempengaruhi pertalian koefisien. Ujian kebolehpercayaan yang dilakukan dalam pendidikan selalunya menggunakan kaedah ini.

(iii) Kaedah pembahagian setengah (split-half)

Ujian kaedah pembahagian setengah ialah ujian pengukuran ketekalan dalaman. Apabila kaedah ini digunakan, ujian akan dibahagikan kepada setengah dan markah di antara kedua-duanya berkait rapat. Kaedah ini memerlukan satu pelaksanaan terhadap ujian tersebut dan tidak memerlukan pembentukan ujian kedua. Melalui kaedah ini, ia mungkin akan membentuk satu perkembangan pertalian koefisien. Ia selalunya digunakan untuk menganggarkan kebolehpercayaan koefisien untuk ujian pengetahuan. Ia juga boleh digunakan terhadap ujian kemahiran yang berhubungkait. Koefisien kebolehpercayaan boleh dikira melalui keadah ini bagi ujian yang bersifat setengah daripada ujian asal. Ini adalah kerana kebolehpercayaan selalunya akan meningkat dalam bentuk berpanjangan dan kebolehpercayaan untuk ujian ini memerlukan anggaran. Formula Spearman-Brown selalunya digunakan untuk kaedah ini. Formulanya adalah:

Jika kebolehpercayaan antara dua setengah ialah 0.80, kebolehpercayaan terhadap ujian penuh akan didapati seperti berikut:

Ujian penuh kebolehpercayaan

= 2 x 0.80
= 1.60 = .89
=1+ 0.80 1.80

Kaedah ini selalunya digunakan untuk menganggarkan koefisien kebolehpercayaan bagi ujian pengetahuan. Ia juga boleh digunakan bagi sesetengah ujian kemahiran di mana ia mempunyai hubungan dengan keganjilan dan percubaan.

(iv) Kaedah Kuder Richardson Formula 21
Kaedah Kuder Richardson digunakan untuk menentukan nilai kebolehpercayaan dengan menggunakan ujian sahaja. Kaedah ini sentiasa digunakan untuk Ujian kognitif bilik darjah . Dua asas andaian dalam kaedah ini ialah:

i. Jenis ujian boleh dikira 1 untuk betul dan 0 untuk salah (dikotomi); dan
ii. Jumlah markah adalah sama jumlah terhadap markah jenis ujian.

Seperti mana yang diterangkan dalam kaedah pembahagian setengah, formula Kuder Richardson sepatutnya digunakan dalam ujian faktor kepantasan yang penuh. Penggunaan KR 20 memerlukan pengiraan melibatkan formula yang mudah. Penggunaan KR 21, selalunya digunakan untuk menyediakan anggaran kasar dari KR 20.
Formula untuk KR 21 adalah:

               

n = Nombor item
X = Purata ujian
s2= Kekerapan ujian (Kekerapan jawapan dengan betul)

(b) Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria

Ebel (1979), menegaskan bahawa ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria boleh dikenal pasti dalam bentuk yang sama dengan ujian kebolehpercayaan berkaitan norma-norma iaitu ujian semula, bentuk selari, pembahagian setengah atau Kuder Richardson. Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria mungkin dianggarkan melalui pembahagian persetujuan koefisien. Melalui prosedur ini, ujian ini dilakukan dalam kumpulan berdasarkan asas keputusan markah ujian.

Setiap individu diklasifikasikan sebagai mahir atau tidak mahir. Begitu juga untuk hari berikutnya. Pembahagian persetujuan dikenal pasti melalui berapa banyak ahli kumpulan diklasifikasikan sebagai mahir atau tidak mahir dalam ujian kedua yang dilakukan. Sesetengah hasil klasifikasi di antara ujian dalam dua hari mungkin disebabkan oleh secara kebetulan. Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir.

(c) Faktor-faktor mempengaruhi kebolehpercayaan Terdapat enam faktor yang mempengaruhi ujian kebolehpercayaan iaitu: 

i. Kaedah permarkahan
Lebih banyak objektif dalam ujian, lebih tinggi kebolehpercayaannya.

ii. Kumpulan yang pelbagai
Koefisien berdasarkan jumlah markah daripada yang berumur 15 tahun, kemungkinan akan menjadi lebih kecil daripada markah ujian yang berdasarkan kumpulan saiz yang sama. Ini termasuklah 14, 15, 16 tahun. Oleh yang demikian, apabila koefisien kebolehpercayaan terhadap ujian tersebut berdasarkan permarkahan ujian daripada kumpulan yang tinggi kebolehannya, ia akan menjadi anggaran yang berlebihan.

iii. Tempoh masa ujian
Lebih lama ujian tersebut, lebih bagus kebolehpercayaan. Hubungkait ini adalah benar dalam prestasi fizikal dan ujian pengetahuan.

iv. Suasana menjalankan ujian
Guru perlu memberikan pertimbangan terhadap persekitaran tempat mengadakan ujian; sentiasa konsisten semasa memberikan arahan kerana arahan yang kurang jelas dan tepat akan mempengaruhi skor ujian serta memberikan peluang kepada semua pelajar memanaskan badan dan melakukan percubaan.

v. Ciri-ciri yang sepatutnya dipunyai oleh seseorang guru
Guru mestilah mempunyai kecekapan menjalankan ujian; mempunyai keyakinan melakukan ujian serta membiasakan diri dengan ujian.

vi. Kaedah prosedur
Arahan mestilah jelas, semua pengambil ujian hendaklah bersedia untuk diberi ujian, bermotivasi dan melakukan ujian dengan cara yang sama dan penilaian persekitaran seharusnya menjadi pendorong dalam persembahan yang bagus.



Post a Comment