Kriteria Pemilihan Ujian Dalam Penilaian
Kriteria pemilihan ujian dalam penilaian kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti hendaklah diambil kira apabila memilih atau membentuk ujian. Jika dua ujian bersamaan dengan kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti, dan kriteria. Berikut adalah penerangan lanjut bagi kriteria-kriteria tersebut:
a) Mudah ditadbir
Adakah anda memerlukan pembantu untuk melakukan ujian? Jika perlu, adakah anda melatih pembantu anda atau bertanyakan pengajar lain untuk membantu anda? Pelatih penguji pelajar memerlukan masa yang banyak, tetapi memerlukan pentadbir ujian yang berkelayakan untuk melakukannya. Adakah arahan senang untuk diikuti? Pengambil ujian hendaklah memahami arahan dan tidak kiralah siapa yang mentadbir ujian tersebut, keputusan hendaklah sama. Adakah ujian bersesuaian dengan kehendak pengambil ujian? Mereka tidak sakit selepas mengambil ujian.
b) Kos pentadbiran ujian
Adakah ujian tersebut memerlukan peralatan yang mahal di mana anda tidak mampu untuk membelinya? Kos menjalankan ujian sebaik-baiknya hendak murah, berpatutan serta mudah diperoleh. Tidak perlu melakukan ujian sekiranya anda tidak mampu dengan kos yang diperlukan.
c) Sumber manusia dan peralatan
Sumber manusia dan peralatan adalah amat penting untuk melakukan sesuatu ujian. Sekiranya sumber manusia dan peralatan tidak mencukupi, ia akan menyukarkan anda untuk mentadbir ujian tersebut.
d) Memenuhi objektif
Objektif amat penting dalam melakukan sesuatu ujian. Ia merupakan asas dalam apa juga ujian yang hendak kita lakukan. Objektif dan matlamat akan menentukan apa yang hendak kita lakukan dan apa keputusan yang kita dapat, objektif adalah teras atau asas dalam ujian. Dengan keputusan yang anda dapat, ia akan memberi kesan terhadap ujian yang dilakukan. Sekiranya ujian dilakukan tanpa objektif yang kukuh, ia akan menjadi sia-sia kerana anda tidak tahu apa yang hendak dinilai.
e) Mencabar dan bermakna
Ujian yang hendak dilakukan hendaklah bermakna dan mencabar. Ini kerana ia amat penting demi tujuan ujian yang hendak dilakukan. Sekiranya ia tidak mencabar dan bermakna, ia akan mengurangkan keberkesanan terhadap ujian tersebut.
Post a Comment