Pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian

Kunci untuk penilaian adalah merancang sebelum ujian itu diberikan. Ia diikuti semasa perancangan tersebut dan selepas pentadbiran ujian dilakukan.


Persediaan Pra-ujian
Anda perlu merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang anda lakukan adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan lancar. Persediaan pra-ujian adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia termasuklah beberapa tugasan iaitu memahami ujian tersebut, memaklumkan prosedur ujian, memberikan arahan, persediaan terhadap individu yang hendak melakukan ujian, merancangkan ujian percubaan dan memanaskan badan, menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian yang diperlukan dan memberi ujian. Tugasan-tugasan ini dijelaskan dengan terperinci seperti berikut:

i. Memahami ujian
Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali, baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang ujian yang kamu baca. Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas pandang segelintir prosedur, dimensi dan bentuk ujian tersebut.

ii. Memaklumkan prosedur ujian
Apabila anda sudah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan dengan memajukan prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini termasuklah pemilihan prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan sama ada untuk melakukan ujian secara serentak terhadap semua individu atau dalam berkumpulan dan memastikan sama ada seorang sahaja melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama sendiri. Jika anda merancang untuk mentadbir beberapa ujian dalam hari yang sama, maka kepenatan mereka akan terbatas. Jangan beri ujian yang melibatkan kumpulan otot yang sama. Jangan rancang untuk mentadbir ujian yang memenatkan seperti marathon atau ujian yang memerlukan ulangan maksimum (repetition maximum). Langkah yang seterusnya adalah mengenal pasti keperluan markah dan unit pengukur. Sebagai contoh, dalam ujian anda mungkin memerlukan individu tersebut memulakan dalam keadaan telentang, dengan keadaan bahu rapat dengan lantai dan lutut lurus. Kemudian, dengan lengan bersilang dan tangan diletakkan dalam keadaan bertentangan untuk bangkit sampai kedua-dua siku menyentuh paha, dan akhir sekali, balik kepada keadaan permulaan. Semua dikira satu jika ia dilakukan dengan betul. Pastikan anda memilih unit pengukuran yang betul serta mengetahui bagaimana hendak memasukkan markah. Selain itu, untuk memastikan markah boleh dianalisis dengan cepat, anda hendaklah menggunakan satu unit pengukuran dalam ukuran kecil. Anda juga haruslah memutuskan apa yang hendak dilakukan sekiranya individu tersebut melakukan kesilapan semasa ujian dilakukan. Sama ada anda mengabaikan kesalahan tersebut, memberi amaran dan terus mengira ujian tersebut, atau memberi potongan markah, anda perlulah memastikan ia dilakukan terhadap semua individu. Akhir sekali, prosedur keselamatan juga amat penting. Perancangan yang baik amat penting dan pastikan anda mematuhi prosedur keselamatan agar sebarang risiko kemalangan dapat dihindari atau dielakkan.

iii. Memberikan arahan
Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memaklumkan tujuan ujian diadakan. Arahan yang jelas dan tepat perlu dibaca kepada kumpulan sebelum melakukan ujian. Arahan tersebut hendaklah mudah difahami dan mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Prosedur pentadbiran;
  • Arahan terhadap persembahan;
  • Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan yang salah;dan
  • Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.


iv. Menyediakan pelajar atau prosedur program
Memberitahu ujian yang akan dilakukan supaya mereka boleh melakukan latihan. Ia akan meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau kumpulan tersebut tidak biasa dengan ujian yang diberikan, lebihkan masa kepada mereka untuk mendapatkan keterangan, sehari sebelum ujian tersebut dilakukan. Ini termasuklah teknik-teknik untuk meningkatkan markah ujian, dan memerhati latihan pra-ujian tersebut. Walaupun seseorang itu telah didedahkan terhadap ujian, mereka juga memerlukan masa untuk mengingati teknik-teknik yang diperlukan. Individu tersebut haruslah diberitahu tentang apa yang akan dilakukan dan apa yang terlibat dalam ujian. Ini membolehkan mereka lebih bersedia daripada segi fizikal dan mental.

v. Merancangkan ujian percubaan dan memanaskan badan
Aktiviti memanaskan badan hendaklah dirancang dan dilakukan secara terperinci dengan memberikan tumpuan kepada bahagian badan atau otot yang terlibat dalam kemahiran atau ujian yang akan dilakukan.

vi. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian
Anda hendaklah menyediakan semua peralatan yang diperlukan dan persediaan kemudahan tempat sebaik-baiknya sehari sebelum ujian dilakukan seperti membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul. Persediaan awal akan menghindarkan masalah yang akan timbul semasa ujian sedang berlangsung.

vii. Menyediakan borang skor permarkahan
Menyediakan borang skor permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau individu adalah amat penting. Masukkan semua nama peserta dalam borang skor permarkahan sebelum ujian dilakukan. Penggunaan borang skor pemarkahan membolehkan peserta bergilir ketika melakukan ujian di stesen-stesen yang ditetapkan dan memudahkan pentadbir atau pelajar mengisi markah dengan cepat selepas melakukan ujian tersebut. Pengurusan masa akan lebih berkesan apabila seseorang melakukan ujian sambil merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan.

viii. Menganggarkan masa ujian yang diperlukan
Apabila ujian tidak melibatkan keseluruhan kelas atau waktu program atau apabila terdapat setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu, anda haruslah merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian program kecergasan dilakukan terhadap agensi atau syarikat, perancangan yang sama juga diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam mentadbir ujian boleh meminimumkan kekeliruan dan memaksimumkan penggunaan masa yang ada.

Pelaksanaan Ujian

Anda seharusnya merancang dengan teliti penilaian yang dilakukan supaya ia berjalan dengan lancar. Walaupun anda mengambil berat waktu hari ujian itu dilaksanakan, anda juga harus bersedia terhadap para pengambil ujian, motivasi dan keselamatannya. Pelaksanaan ujian yang baik perlu mempertimbangkan tiga perkara berikut:

1. Persediaan
Peserta ujian seharusnya mengetahui ujian apa yang akan dilakukan dan mengapa ujian itu dilaksanakan. Perkara utama yang perlu diambil kira adalah latihan. Selepas itu, terangkan arahan dan prosedur ujian dengan jelas dan tepat. Jika perlu, lakukan demonstrasi sebagai contoh. Selain itu, dapatkan komen atau ulasan peserta tentang ujian sebelum dan selepas ia dilakukan. Bagaimanapun, ini boleh mengurangkan ketepatan ujian serta boleh meningkatkan kebolehpercayaan ujian tersebut.

2. Motivasi
Berikan motivasi dan galakan yang sama kepada semua peserta. Walaupun kita lazimnya memberikan galakan terhadap peserta yang lemah, kita seharusnya memberikan layanan yang serupa kepada semua pentadbir ujian. Jika perlu, berikan semangat kepada peserta ujian setelah percubaan pertama. Ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk melakukan yang terbaik untuk percubaan yang kedua. Elakkan pemakluman markah rendah yang boleh memalukan peserta.

3. Keselamatan
Semasa sesi penilaian dilakukan, beri perhatian kepada aspek keselamatan. Peserta akan mengabaikan keselamatan jika mereka tidak mengikut arahan.


Penilaian dan Pelaporan

Apakah kepentingan penilaian?
Tujuan utama melakukan penilaian ialah untuk mengumpul maklumat peserta dan perkara yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas ujian itu dilakukan. Keputusan ujian hendaklah dipulangkan kepada peserta kerana ia akan lebih bermakna dan sebagai rujukan untuk mereka dalam proses penilaian. Penilaian dan pelaporan perlu dimasukkan dalam prosedur selepas ujian. Proses penilaian markah ujian, penyimpanan dan pelaporan diterangkan seperti berikut:

1. Menilai markah ujian
Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik tertentu. Data perlu dimasukkan dalam komputer untuk dinilai, penyimpanan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis adalah untuk melihat ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses pengajaran, pelaksanaan program, memberi maklumat tentang kumpulan yang diuji dan menyediakan data untuk permarkahan atau tujuan yang lain. Mungkin juga terdapat individu yang berminat tentang pencapaian mereka. Pelaporan keputusan ujian peserta merupakan satu cara motivasi yang berkesan.

2. Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian
Menyimpan keputusan ujian selalunya dibuat di dalam komputer manakala kertas permarkahan atau keputusan ujian akan disimpan di dalam lokasi yang sesuai. Segala data yang diperolehi akan disimpan dalam fail tertentu dan dianalisis bagi mendapatkan keputusan ujian. Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan antara kelas dan antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan norma-norma. Agihan kumpulan atau kelas biasanya berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang dibuat. Rekod markah peserta perlu disimpan supaya pengkaji atau guru dapat melihat perkembangan murid-muridnya mengikut tahap dari setahun ke setahun. Justeru, guru akan dapat melihat peningkatan murid-muridnya.

Kesimpulan

Terdapat empat konsep asas dalam ujian dan penilaian iaitu kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma.

a. Kesahan adalah kriteria terpenting perlu dipertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian. Terdapat EMPAT jenis kesahan iaitu kesahan logikal, kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan konstruk. Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara langsung dalam menentukan pencapaian objektif.

b. Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten. Kesempurnaan program penilaian bergantung pada keberkesanan perancangan persediaan praujian. Apakah jenis-jenis perancangan dan prosedur yang patut anda gunakan untuk mentadbir ujian tersebut? Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten, atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir.

c. Objektiviti kajian adalah bergantung pada bentuk kebolehpercayaan dan boleh melalui ujian semula dengan individu yang berbeza melakukannya melalui prosedur yang sama.

d. Norma-norma adalah sekumpulan peserta, yang mana keputusan tersebut digunakan untuk membuat tafsiran antara peserta lain. Kriteria-kritera pemilihan ujian dalam penilaian ialah kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti, mudah ditadbir, kos pentadbiran ujian, sumber manusia, peralatan, memenuhi objektif, mencabar dan bermakna. Terdapat tiga komponen dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian iaitu persediaan praujian, pelaksanaan ujian, penilaian dan pelaporan.


Post a Comment