Setelah melalui tiga fasa praktikum di tiga buah sekolah yang berbeza, sayadapat mengesan satu masalah yang ketara di kalangan murid-murid tahap duayang diajar oleh saya. Murid-murid ini, seolah-olah tidak dapat menguasaiketangkasan. Melalui pemerhatian saya sewaktu menjalankan pengajaran,beberapa masalah yang timbul antaranya ialah :
  • Sewaktu melaksanakan Lompat Kuadran, murid masih ragu-ragu untukmelompat walaupun setiap petak yang disediakan telah dinomborkan danmurid hanya perlu melompat mengikut susunan nombor.
  • Ketika melakukan lari ulang alik, murid-murid memilih untuk berhenti danmengambil bongkah kayu berbanding untuk bergerak secara terus dankembali berlari ke permulaan.
  • Pada kemuncak permainan kecil yang dijalankan, guru telah memilihuntuk menjalankan permainan galah panjang, murid-murid tidak dapatmengelakkan diri dengan baik daripada disentuh oleh kumpulanberlawanan.Keadaan seperti ini, mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitanketangkasan.

Saya ingin mencari penyelesaian bagi masalah penguasaan salah satuaspek kecergasan yang sangat penting ini. Semoga dengan usaha, dapat membantumempertingkatkan prestasi murid-murid dalam permainan yang mereka ceburi.



Post a Comment