Bola tampar ialah satu permainan berpasukan. Permainan ini dimainkan oleh duapasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan enam orang pemain simpanan. Objektif permainan bola tampar ialah mendapatkan mata yang diperolehi apabila meletakkan bola di kawasan lawan. Oleh itu, kemahiran-kemahiran asas perlu dikuasai oleh pemain bagi mencapai objektif permainan. Antara kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan Bola Tampar ialah kemahiran servis, menyangga, merejam, menghadang dan mengumpan. Dalam banyak-banyak kemahiran yang dinyatakan kemahiran servis merupakan kemahiran yang paling awal perlu dikuasai oleh sesorang pemain sebelum menguasai kemahiran seterusnya. Kemahiran servis terbahagi kepada dua iaitu servis atas dan servis bawah. Namun begitu, di peringkat sekolah rendah kemahiran servis atas jarang digunakan berbanding servis bawah yang lebih mudah dilakukan. Baca Text Lengkap >>


Post a Comment