Abstrak : Latihan bebanan merupakan latihan rintangan yang progresif dalam membantu meningkatkan kekuatan otot. Latihan bebanan yang berkesan haruslah mempertimbangkan tiga prinsip utama iaitu halangan progresif, penumpuan latihan dan pengkhususan latihan. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan program latihan bebanan ke atas kekuatan maksimum otot tangan setelah mengikuti sesi latihan selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu di kalangan atlet – atlet renang SUKMA Johor. Seramai empat orang atlet dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 18 tahun dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini. Ujian 25 meter speed swimm digunakan sebagai alat pengukur ujian. Subjek akan menjalani ujian pra dan ujian pos dalam kajian ini. Data mentah akan diproses dengan menggunakan program “microsoft excel “ dan “ Statistical Packages For Social Science ” versi 10.0 (SPSS 10.0). Hasil dari penganalisaan data dikenal pasti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan maksimum otot tangan dalam ujian pra dan ujian pos. Ini menunjukkan bahawa latihan bebanan yang disediakan adalah memberi kesan kepada kekuatan maksimum otot tangan. Prosedur latihan yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu latihan. Full Text >>



Post a Comment