Abstrak: Objektif latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif sementara latihan bebanan bagi meningkatkan saiz otot. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan. Seramai 33 orang pemain hoki wanita terlibat dalam kajian (19 pemain Sukma Johor dan 14 pemain UTM) yang dibahagikan secara rawak kepada 3 kumpulan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan (LB) dan kawalan (K). Pengujian 1RM arm-curl menggunakan S3.45 Strength Multi-Station dan 1RM biceps-curl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur keberkesanan latihan. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan pada aras p<0.05 ) bagi skor kekuatan 1RM , 25%, 18.1%, 28%, 34.3% bagi kumpulan LP dan LB subjek UTM dan Sukma Johor secara berturutan. Peningkatan dalam kedua-dua kumpulan kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan berkesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan. Oleh itu, pemain hoki boleh mendapat faedah sekiranya menggunakan latihan tambahan iaitu gabungan latihan pliomerik dan latihan bebanan. Full Text >>



Post a Comment