Oleh: Nazwa binti Nayan | IPG Kampus Perlis


Kecederaan dalam sukan

Review artikel journal Odd-Egil O, Grethe M. Lars E, Ingar H, and Roald B. (2005). Exercise to prevent lower limb injuries in youth sports [ senaman untuk mencegah kesederaan bahagian bawah badan di kalangan remaja yang terlibat dalam sukan].

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan program memanaskan badan yang direka untuk mengurangkan kecederaan bahagian lutut dan buku lali remaja yang melibatkan diri dalam sukan. Seramai 1837 pemain bola baling dari Norway (808 perempuan dan 150 lelaki) berumur antara 15 hingga 17 tahun melibatkan diri dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut 879 (778 perempuan dan 101 lelaki)pemain diletakkan dalam kumpulan kawalan. Pengukuran dalam kajian ini ialah kadar kecederaan akut lutut atau buku lali. Keputusan kajian menunjukkan, semasa musim permainan 129 kecederaan akut lutut atau buku lali telah direkodkan, 81 kecederaan dikesan dalam kumpulan kawalan manakala 48 kecederaan lagi dikesan dalam kumpulan kajian. Kesimpulan kajian menunjukkan, program memanaskan badan yang dirancang dapat mengurangkan kecederaan lutut dan buku lali di kalangan remaja yang melibatkan diri dalam sukan. Latihan pencegahan ini perlu diperkenalkan sebagai sebahagian daripada program sukan remaja.
Kesimpulannya kajian ini, telah menambahbaik kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini. Ini kerana, melalui kajian ini kesedaran mengenai pencegahan kecederaan lutut dan buku lali telah bertambah. Selain itu, kecederaan ini juga telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 50% dengan program memanaskan badan yang telah direka ini. Keputusan kajian ini juga boleh digunakan kepada sukan lain yang mempunyai risiko kecederaan lutut dan buku lali yang sama seperti sukan bola baling.
Namun begitu, program memanaskan badan ini, hanya sesuai untuk digunakan untuk mengatasi kecederaan lutut dan buku lali yang berpunca daripada pendaratan dan pergerakan sahaja. Selain itu, program ini hanya sesuai untuk dilaksanakan kepada remaja yang berumur antara 15 hingga 17 tahun sahaja.

Review artikel journal Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom, Kwang-Youn Kim, Jie Peng, and Katherine Kaufer Christoffel. (2011). Effect of Neuromuscular Warm-up on Injuries in Female Soccer and Basketball Athletes in Urban Public High Schools [kesan memanaskan otot saraf ke atas kecederaan dalam bola sepak perempuan dan atlet bola keranjang di sekolah tinggi awam kawasan Bandar]. Arch Pediatr Adolesc Med/Vol 165(11): 1033-1040.

Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom, Kwang-Youn Kim, Jie Peng, and Katherine Kaufer Christoffel, (2011) telah menjalankan kajian mengenai kesan memanaskan otot saraf ke atas kecederaan dalam bola sepak perempuan dan atlet bola keranjang di sekolah tinggi awam di kawasan bandar. Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan latihan yang dimula dengan memanaskan otot saraf untuk mengurangkan kecederaan bahagian bawah badan (LE) di kalangan athlet wanita yang bercampur etnik dan kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah. Seramai 90 orang jurulatih dan 1492 atlet berjaya menyiapkan kajian ini. Pemilihan sekolah dilakukan secara rawak untuk menentukan kumpulan kajian dan kumpulan kawalan. Kajian ini mengukur pendedahan/penglibatan atlet dalam latihan dan pertandingan (AEs) dan punca LE yang menyebabkan atlet tidak menyertai sesi latihan. Pengukuran ini dilakukan melalui laporan yang ditulis olej jurulatih pada setiap minggu. Keputusan kajian menunjukkan kumpulan kajian mempunyai kadar per 1000 AEs yang lebih rendah pada peringkat permulaan LE, akut kecederaan LE yang tidak melibatkan sentuhan, kecederaan ketegangan buku lali yang tidak melibatkan sentuhan dan kecederaan LE yang dirawat menggunakan pembedahan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan, latihan yang dimulakan dengan memanaskan otot saraf  mengurangkan kecederaan LE yang tidak melibatkan sentuhan di kalangan pemain bola sepak perempuan sekolah tinggi dan atlet bola keranjang yang bercampur etnik, dan kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah.

Justeru itu kajian ini penting kepada jurulatih untuk memilih langkah pencegahan kecederaan kepada atlet bola sepak dan bola keranjang. Perkara ini sangat penting kerana apabila kecederaan dapat dicegah, kos merawat kecederaan dapat dikurangkan dan prestasi atlet dapat ditingkatkan sehingga mencapai tahap optimum. Namun begitu, kajian ini boleh ditambahbaik dengan menyatakan pengurangan kecederaan mengikut bangsa. Ini kerana, kajian ini telah melibatkan etnik yang pelbagai seperti African American, Hispanic, White dan bangsa lain. Dengan itu, data yang dikutip ini akan menjadi lebih terperinci dan dapat memberikan maklumat yang lebih banyak dan pelbagai.

Kesimpulannya, kajian seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi sebelum satu kesimpulan dapat dilakukan. Ini kerana, terdapat banyak lagi data yang boleh diperoleh daripada kajian ini.


Review artikel journal Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D. Jordan,,  and Jaap Troost. (1999). Neuropsychological Impairment in Amateur Soccer Players [Kemerosotan neuropsikologikal ke atas pemain bola sepak amatur]. The Journal of American Medical Association, Vol 282, No. 10.

Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D. Jordan, and Jaap Troost. (1999) telah menjalakan satu kajian mengenai kemerosotan neuropsikologikal ke atas pemain bola sepak amatur. Kajian ini dijalankan kerana, kombinasi tidak sedarkan diri dalam bola sepak dengan bilangan tandukan mempunyai risiko untuk mengalami kecederaan trauma otak yang kronik (Chronic traumatic brain injury (CTBI)). Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan bukti sama ada pemain bola sepak amatur mempunyai kecederaan trauma otak yang kronik. Seramai 33 orang pemain bola sepak amatur dan 27 orang atlet amatur (renang dan trek) di Netherlands terlibat dalam kajian ini. Kajian ini mengukur prestasi pemain bola sepak dalam 16 ujian neuropsikologikal yang mempunyai 27 hasil. Keputusan kajian menunjukkan pemain bola sepak amatur mempunyai kemerosotan prestasi dalam ujian merancang dan ingatan berdanding kumpulan kawalan. Dalam kalangan pemain bola sepak tersebut, Sembilan orang pernah tidak sedar diri disebabkan bola sepak dan tujuh orang pernah mengalami 2 hingga 5 kali tidak sedarkan diri sepanjang kerjaya mereka. Bilangan tidak sedarkan diri ini mempunyai kaitan ke atas 6 daripada ujian psikologikal tersebut. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan pemain bola sepak amatur secara umumnya, dan tidak sedarkan diri khususnya boleh menyebabkan kemerosotan prestasi dalam ingatan dan fungsi merangcang. 

Kekuatan kajian ini adalah, isu utama kajian. Kajian ini adalah mengenai kemerosotan neuropsikologikal yang berlaku ke atas pemain bola sepak. Bola sepak merupakan sukan yang sangat popular dan mempunyai jutaan pengikut. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Federation International Football Association (FIFA) ke atas 207 ahlinya pada tahun 2000 mendapati 265 million orang yang bermain bola. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Jadi adalah penting untuk setiap orang yang bermain bola sepak mengetahui risiko kecederaan dalam permainan tersebut. Ini boleh membantu mereka melakukan pencegahan untuk mengelakkan diri dari kecederaan. Ini kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Selain itu, isu kecederaan neuropsikologikal ini merupakan sesuatu yang penting. Ini kerana, ia boleh mempengaruhi tiga fungsi system. Pertama ialah intelek, yang memberi maklumat mengenai tingkah laku. Kedua ialah emosi, yang melibatkan perasaan dan motivasi dan ketiga ialah kawalan iaitu mengawal tingkah laku. Oleh itu, penting untuk seseorang itu untuk mengetahui factor-faktor yang boleh menyebabkan kecederaan ini supaya mereka boleh mengelaknya.

Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian yang sangat berguna dan penting kepada bidang sukan dan perubatan. Justeru itu, kedua-dua pakar dalam bidang ini perlu melakukan kajian mengenai langkah pencegahan yang boleh diambil, memandangkan bola sepak ini mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Review artikel journal Marc A. S, and Thomas M.B. (2004). A Comparison of 2 Rehabilitation Programs in the Treatment of Acute Hamstring Strains [Perbandingan 2 program pemulihan dalam rawatan kekejangan akut hamstring]. Orthop Sports Phys Ther. Vol 34. No 3. March 2004: 116-125 

Kajian ini dilakukan untuk menilai dua program pemulihan dalam rawatan kecederaan akut hamstring. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan dua program pemulihan kekejangan hamstring beradasarkan penilaian masa yang diambil dan kadar kecederaan berulang bagi tempoh dua minggu pertama dan satu tahun kemudian selepas melibatkan diri semula dalam sukan. Tujuan lain ialah untuk menyiasat hubungan antara fungsi ujian prestasi dan masa untuk kembali melibatkan diri dalam sukan dan kadar kecederaan berulang selepas kembali melibatkan diri dalam sukan.  Seramai 24 orang atlet menyertai kajian ini. Atlet dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengandungi 11 atlet yang menjalani regangan static, pembangunan progresif hamstring senaman ketahanan dan rawatan ais (STST Group). Manakala 13 atlet menjalani pembangunan progresif kelenturan senaman kestabilan bahagian atas dan rawatan ais (PATS group). Keputusan menunjukkan kumpulan STST mengambil masa 37.4 - 27.6 hari manakala kumpulan PAtS mengambil masa 22.2 - 8.3 hari. Dalam tempoh dua minggu pertama selepas kembali melibatkan diri dalam sukan, seramai enam orang atlet dari kumpulan STST mengalami kecederaan hamstring berulang selepas dan tiada seorang pun yang mengalaminya bagi kumpulan PATS. Kecederaan hamstraing berulang dalam tempoh satu tahun selepas kembali melibatkan diri dalam sukan pula ialah seramai tujuh orang bagi kumpulan STST dan hanya seorang bagi kumpulan PATS. Kesimpulannya program pemulihan rawatan kecederaan akut hamstring kumpulan PATS lebih berkesan berbanding kumpulan STST dalam kembali melibatkan diri dalam sukan dan mengelak kecederaan kekejangan akut hamstring berulang semula bagi atlet.

Kesimpulannya, kajian ini sangat berguna sebagai panduan untuk jurulatih dan atlet memilih rawatan yang berkesan bagi merawat kecederaan kekejangan hamstring. Ini kerana, melalui program pemulihan rawatan kecederaan yang betul dan tepat akan dapat membantu atlet untuk kembali melibatkan diri dalam sukan dengan risiko kecederaan berulang yang rendah. Namun begitu kajian klinikal seterusnya perlu juga dilakukan untuk melihat potensi program pembangunan progresif kelenturan senaman kestabilan bahagian atas dan rawatan ais untuk menghalang kecederaan hamstring semasa bersukan perlu dilakukan.



Review artikel Marc A.S., Thomas M.B., Amy S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011). Hamstring Strains: Basic Science and Clinical Research Applications for Preventing the Recurrent Injury [kekejangan hamstring: Asas Sains dan Kajian Aplikasi Klinikal untuk mencegah kecederaan berulang]. Strength and Conditioning Journal. Vol 33(11) No 3.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh National Collegiate Athlectic Assiciation Injry Surveilance System menunjukkan bahawa 62% atlet lelaki kolej mudah mendapat kecederaan hamstring berdanding atlet wanita. Oleh itu, Marc A.S., Thomas M.B., Amy S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011) telah menulis satu artikel bertajuk kekejangan hamstring: Asas Sains dan Kajian Aplikasi Klinikal untuk mencegah kecederaan berulang. Tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan saiz dan skop kekejangan hamstring ini melalui pelbagai jenis kemalangan dalam sukan dan kesukaran untuk kembali melibatkan diri tanpa mengalami kemerosotan prestasi dan risiko kecederaan berulang. Atrikel ini menunjukkan risiko untuk mendapatkan kecederaan hamstring adalah melalui tahap persaingan atlet dan umur. Selain itu kecederaan hamstring laying lama juga menjadi penyumbang risiko kecederaan berulang. Artikel ini juga menjelaskan bahawa hamstring selalu terjadi ketika berlari. Kecederaan ini selalu berlaku disepanjang sambung otot tendon. Ini menyebabkan tisu disekitar kawasan tersebut rosak.. oleh itu, satu program pemulihan yang melibatkan latihan memanaskan badan dinamik dan latihan menguatkan bahagian atas badan perlu dilakukan. Selain itu, pengambilan sarcomeres juga digalakkan supaya tendon dan otot boleh bekerja lebih lama dan meningkatkan magnitude kelenturan.

Kesimpulannya artikel ini sangat berguna untuk mengatasi masalah kecederaan hamstring yang selalu berlaku di kalangan atlet. Melalui artikel ini atlet boleh melakukan program latihan bagi memulihkan kecederaan ini dan mengelakkannya berulang semula. Ini seterusnya membantu meningkatkan prestasi atlet ke tahap optimum.


Review artikel journal Hassan I and Dorani B.J (2001). Sports related fractures in children in north east England [Kepatahan berkaitan sukan di kalangan kanak-kanak di selatan utara England]. Emerg Med J 2001;18:167-171.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan epidemiologi kepatahan di kalangan kanak-kanak yang berkaitan sukan yang boleh dilihat di hospital awam bahagian kemalangan dan kecemasan. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun yang mengalami kepatahan berkaitan sukan daripada 1 September 1997 hingga 31 Ogos 1998. Keputusan menunjukkan, seramai 255 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun mengalami kepatahan berkaitan sukan sepanjang tempoh kajian dijalankan. Secara keseluruhannya, bola sepak, kasut roda, basikaldan bola jaring merupakan penyebab utama berlaku patah. Tempat paling tinggi berlakunya kecederaan ialah kawasan perumahan. Kebanyakkan kepatahan ini berlaku di bahagian atas anggota badan. Kesimpulan kajian ini ialah, kanak-kanak kelima yang mengalami kecederaan berkaitan sukan ialah kepatahan. Pelbagai factor boleh mendorong kepada peningkatan kemalangan berkaitan sukan yang menyebabkan kepatahan ini.

Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dan jurulatih mengenai sukan yang boleh mendatangkan risiko kepatahan kepada kanak-kanak. Selain itu ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan jumlah kanak-kanak yang mengalami kepatahan ini dengan memberi tumpuan kepada aktivti yang dilakukan mereka semasa berada di rumah. Ini kerana kajian menunjukkan kawasan perumahan merupakan tempat utama berlakunya kecederaan.




Post a Comment