Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dlaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun. Pada masa sekarang,   Kajian   Tindakan   bukan   sahaja   dijalankan   dalam   konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk memperkukuhkan pengurusan di sekolah.  Matlamat utama  Kajian Tindakan adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah.

Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian   dan tindakan. Oleh itu ia sangat sesuai diaplilkasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam proses  pengajaran  dan  pembelajaran  serta  pengurusan  pendidikan;  dan kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Ia membolehkan pengamal iaitu para pendidik melalui proses inkuiri penemuan dengan   mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan.

Peranan dan sumbangan Kajian Tindakan dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak akan dipertikaikan. Ini adalah kerana   dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, sewajarnya semua warga pendidik termasuk Pengetua, Guru Besar, dan guru-guru   berperanan dalam membudayakan Kajian Tindakan di sekolah masing-masing.

Manual Kajian Tindakan dihasilkan dan dimantapkan bersesuaian dengan keperluan semasa dan akan datang. Ia merupakan garis panduan bagi melaksanakan kajian berdasarkan proses yang betul, tepat dan sistematik supaya dapatan yang bermakna dapat dihasilkan serta mampu menyumbang kepada penambahbaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan pendidikan.   Manual ini diharapkan dapat membangkitkan minat guru-guru khususnya untuk menjalankan kajian di sekolah,  di  samping  menambahkan  pengetahuan  dan  kefahaman  guru tentang tata cara melaksanakan Kajian Tindakan.  Moga penyediaan Manual ini,  akan dapat mendekatkan  diri  pembaca  dan  para  pendidik  khususnya dengan dunia Kajian Tindakan.

KANDUNGAN
Bab 1:   PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN
1.1 Pendahuluan

1.2   Definisi Kajian Tindakan
1.3   Tujuan Kajian Tindakan
1.4   Ciri-ciri Kajian Tindakan
1.5   Model Kajian Tindakan
1.6   Perkembangan Kajian Tindakan
1.7   Kajian Tindakan di Malaysia 
1.8   Budaya Penyelidikan Dalam Kalangan Guru
1.9   Rumusan

Bab 2:   PROSES KAJIAN TINDAKAN
2.1   Pengenalan
2.2   Jenis-jenis Kajian Tindakan
2.3   Prosedur Menjalankan Kajian Tindakan
2.4   Proses Kajian Tindakan

Bab 3:   MERANCANG DAN MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN
3.1   Pengenalan
3.2   Proses Merancang dan Melaksanakan Kajian

Bab 4:   REFLEKSI
4.1   Pengenalan         
4.2   Definisi Refleksi  
4.3   Tujuan Refleksi
4.4   Kaedah Refleksi
4.5   Hasil Refleksi
4.6   Bila Melakukan Refleksi? 

Bab 5:   PENGUMPULAN DATA
5.1   Kaedah pengumpulan Data
5.2   Soal Selidik
5.3   Temu bual
5.4   Pemerhatian
5.5   Ujian   
5.6   Analisis Dokumen

Bab 6:   ANALISIS DATA
6.1   Pengenalan        
6.1.1  Analisis Data Soal Selidik  
6.1.2  Analisis Data Ke Atas Pemerhatian Yang Dijalankan
6.1.3  Analisis Data Temu Bual 
6.1.4  Analisis Dokumen

Bab 7:   KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
7.1   Kertas Cadangan Kajian Tindakan
7.2   Fungsi Kertas Cadangan
7.3   Kandungan Dalam Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Bab 8:   PELAPORAN  KAJIAN TINDAKAN
8.1   Pelaporan Kajian Tindakan
8.2   Format Pelaporan Kajian Tindakan
8.3   Panduan Asas Menyediakan Kertas Laporan Kajian
Tindakan
8.4   Contoh Laporan Kajian Tindakan: Contoh 1
8.5   Contoh Laporan Kajian Tindakan: Contoh 2
8.6   Contoh Laporan Kajian Tindakan: Contoh 3


Download Modul Kajian Tindakan >>



Post a Comment