1.0    TEORI KEBIMBANGAN
1.         Teori Dorongan

Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956). Asalnya, teori ini melihat perkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan pembelajaran. Ia didasarkan kepada formula berikut:

Bevel: Prestasi = Kebangkitan x Tahap Kemahiran

Untuk memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan dalam kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu atlet yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlet atau pemain muda (kurang berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang baru atau muda perlu mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap kebimbangan agar atlet mereka dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan peluang kejayaan atlet atau pemain baru (muda) ini serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

    Bagi atlet yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan diperlukan untuk membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti mereka. Kekurangan tahap kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka mengambil mudah tugasan yang perlu dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka menjadi kurang baik.

    Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula diperkenalkan, tetapi beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai pengkaji. Andaian teori ini yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan berinteraksi dalam satu garisan yang lurus telah ditolak serta dipertikaikan kesahihannya. Ramai pengkaji berpendapat prestasi manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke satu tahap. Apabila melebihi tahap ini, peningkatan kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan akan menyebabkan prestasi atlet berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori U-Terbalik. Ini telah mencetuskan beberapa pendekatan atau teori baru yang cuba melihat perkaitan di antara prestasi dan tahap kebimbangan (kebangkitan).

2.         Teori U-Terbalik
Teori ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi boleh dilihat dalam bentuk kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia sering dianggap sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang penyelidik seperti Duffy (1957) dan Malmo (1959) menganggap ia sebagai satu fakta yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.

    Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908) yang menggunakan tikus untuk melihat perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta kesannya ke atas prestasi. Dalam kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan percubaan yang diperlukan oleh tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih cerah dari dua petak yang disediakan. Elemen kebangkitan terdiri dari kejutan elektrik pada tahap intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi manakala tahap kesukaran diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh dimanipulasikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.

    Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk membezakan petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan semakin rendah (hampir sama). Dapatan ini menghasilkan Hukum Yerkes dan Dodson yang menjelaskan bahawa perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah tekanan yang tinggi, manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah tekanan yang rendah (Cox, 1998).

    Setiap acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang tersendiri untuk menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada prinsip U-Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik hanya boleh dicapai apabila kebangkitan berada pada tahap sederhana atau optimum.

    Banyak kajian yang dilakukan untuk menilai perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi menyokong Teori U-Terbalik ini. Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo (1982) dalam kajian mereka terhadap pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain bola keranjang meningkat apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum, sederhana dan merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat terlalu tinggi. Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga mendapati bahawa prestasi terbaik dalam acara menembak pistol dan renang berkait rapat dengan kebimbangan somatik. Ini selari dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti yang dijelaskan di atas.

    Gagasan Teori U-Terbalik juga berkait rapat dengan Teori Penggunaan Kin Easterbrook seperti yang dijelaskan dalam Bab 3. Menurut Teori Penggunaan Kin Easterbrook, kemampuan menilai kin yang terdapat di persekitaran berkait rapat dengan tahap kebangkitan individu. Masalah gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan prestasi akan dapat diatasi sekiranya tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum. Bagaimanapun sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah, kesemua kin yang terdapat di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan akan diproses oleh individu terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga akan merosot sekiranya tahap kebangkitan semakin meningkat. Ini akan menyebabkan kemampuan menilai kin secara objektif dan teratur tidak berlaku dan kesannya prestasi merosot secara mendadak. Justeru itu, tahap kebangkitan perlu diawasi bagi mendapatkan prestasi yang optimum.

3.         Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)
Teori ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-Terbalik. Bagaimanapun, perbezaan yang ketara bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik yang menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang sederhana berkait rapat dengan prestasi terbaik atlit. Teori Zon Berfungsi yang Optimum (ZBO) diperkenalkan oleh psikologis sukan Rusia, Yuri Hanin mengandaikan bahawa tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi bagi seseorang atlit adalah berbeza dengan atlet yang lain. Menurut Hanin (1989), tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlit ada yang bermula pada tahap yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.

    Hanin (1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit mempunyai ZBOnya yang tersendiri. ZBO atlet yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik manakala prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan berasaskan situasi berada di bawah atau melepasi tahap ZBO. Justeru itu, perbezaan utama di antara ZBO dan Teori U-Terbalik adalah titik optimum yang menghasilkan prestasi terbaik atlit. Menurut Hanin (1989), titik berkenaan mungkin berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin juga tidak. la wujud dalam satu zon dan bukannya satu titik yang pasti seperti yang diutarakan oleh Teori U-Terbalik. Beberapa kajian terkini menyokong gagasan ZBO (Hanin, 1989; Hanin dan Syrja, 1995).

3.         Teori Pembalikan
Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan, interpretasi individu atau atlit yang terbabit perlu diambil kira untuk mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam keadaan "mengelakkan kebimbangan" atlit biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara dalam keadaan "mencari tahap kebangkitan" atlit lazimnya mencari keseronokan atau sesuatu yang merangsangkan. Dengan kata lain, atlit boleh membalikkan interpretasi mereka terhadap kebangkitan (menjelaskan nama teori ini). Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh ditafsirkan sebagai positif pada satu ketika dan negatif pada ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku apabila tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh atlit dan tahap kebangkitan yang sebenarnya.

MODEL BENCANA FAZEY DAN HARDY
Gagasan yang diutarakan oleh Fazey dan Hardy (1988) mencabar gagasan Teori U-Terbalik yang mengandaikan bahawa:

(i)      Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit akan meningkatkan atau menurunkan sedikit prestasi atlet.
(ii)   Tahap kebangkitan yang sederhana menghasilkan prestasi yang optimum (Cox, 1998).

    Teori atau Model Bencana mengandaikan bahawa peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit sebenarnya memberikan kesan yang cukup besar kepada atlit yang sedang beraksi. Tekanan pertandingan serta peningkatan tahap kebangkitan yang kecil akan menyebabkan penurunan prestasi yang mendadak. Penurunan yang mendadak ini boleh disamakan sebagai "bencana" kepada atlit tersebut. Selepas mengalami penurunan prestasi secara mendadak sebarang perubahan kecil dari segi kebangkitan tidak mampu mengembalikan semula atlit ke tahap prabencana atau tahap sebelum penurunan prestasi yang mendadak berlaku (Fazey dan Hardy; 1988).

    Keistimewaan Model Bencana ini kerana sifatnya yang tiga dimensi (lihat Rajah 4.3). Kebangkitan fisiologikal diwakili oleh garis x, kebimbangan kognitif oleh garis y dan prestasi oleh garis z. Bagi setiap titik pertemuan (koordinat) garisan x dan y terdapat titik yang mewakili prestasi di atas bertentangan dengan koordinat tersebut. Berdasarkan model ini, kebangkitan dianggap sebagai faktor normal manakala kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah (Hardy, 1996).

    Kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah kerana baik atau buruk, lancar atau tidaknya prestasi seseorang atlit bergantung kepada kebimbangan kognitif. Jika kebangkitan (kebimbangan) kognitif atlit adalah rendah, hubungan di antara kebangkitan dan prestasi sama seperti model U-Terbalik. Bagaimanapun jika kebangkitan fisiologi meningkat biarpun pada kadar yang sedikit akan mengakibatkan peningkatan kebimbangan kognitif. Peningkatan ini mengakibatkan prestasi atlit jatuh dengan teruk secara mendadak (bencana).

    Perhatikan bahawa kebimbangan kognitif sebenarnya menentukan penurunan mendadak prestasi atlit. Tambahan pula, penurunan tahap kebangkitan fisiologi walaupun sedikit tidak berupaya untuk meningkatkan kembali tahap prestasi seperti sebelum penurunan.

    Jika tahap kebimbangan kognitif masih tinggi (tidak berubah), penurunan tahap kebangkitan fisiologi yang tinggi diperlukan untuk mengembalikan prestasi kepada tahap di atas lipatan penurunan prestasi (x1). Perbezaan titik (x1) dan (x2) sebenarnya dilentukan oleh kebimbangan kognitif. Perubahan pada garis kebangkitan fisiologi yang terputus (lihat rajah) dikenali sebagai titik histeresis (Cox, 1998).

    Satu lagi gagasan tambahan dalam model ini adalah apabila tahap kebangkitan fisiologi rendah, peningkatan kebimbangan kognitif akan menyebabkan peningkatan prestasi (ketinggian z adalah ketara di bahagian hadapan model jika dibandingkan di bahagian belakang). Sebaliknya jika kebangkitan fisiologi meningkat, penurunan kebimbangan kognitif akan meningkatkan prestasi atlit (ketinggian z adalah ketara di bahagian belakang jika dibandingkan di bahagian hadapan model). Gagasan ini telah disokong oleh beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Edward dan Hardy (1996), Hardy dan Parfitt (1991) dan Hardy Parfitt dan Pates (1994).

2.0 PANDUAN  MENGAWAL DAN MENGURANGKAN RASA  KEBIMBANGAN.

Bagi mengurangkan kebimbangan, kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tertekan. Dengan senyuman kita akan melarikan diri dari-pada situasi memulakan perasaan kebimbangan. Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan.

    Para atlet merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi tekanan. Berseronok semasa bertanding akan membantu para atlet muda mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil.

    Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlet semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya, dalam latihan bola keranjang seorang jurulatih boleh menjemput beberapa kenalan untuk melakukan oleh pemain, mereka bolehlah diejek dan menjerit. Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat menyediakan diri untuk belajar menghadapi tekanan.

    Kebanyakan atlet mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi masalah ini, seorang atlet bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan.

    Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan kebimbangan. Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh menguranghkan kebimbangan semasa bertanding.

    Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan. Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan. Jadi, atlet atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebiih mudah.

    Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat pendengarnnya di telinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar muzik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.

    Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya, memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberi kesan kepada pergerakan. Contoh lain seperti “Saya boleh lakukan.”


Download Contoh Tugasan PJM3172 SEM 7 2014

Post a Comment