Buku ini memfokuskan kepada konsep dan prinsip pengujian, penilaian, dan pengukuran, teori-teori kognitif, afektif, dan psikomotor, jadual spesifikasi ujian, pembinaan ujian, pemarkahan dan markat, jenis dan kaedah penilaian bahasa, penilaian kemahiran bahasa dan tatabahasa. Secara terperincinya, buku ini menghuraikan empat hasil pembelajaran utama, iaitu menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian; menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl; membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; dan menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.

Buku ini mengandungi 11 bab dengan bab terakhirnya memuatkan contoh-contoh PBS yang boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada semua guru abad ke-21. Contoh-contoh PBS ini boleh dijadikan panduan untuk guru-guru, guru-guru pelatih IPG, peserta kursus semasa cuti (KSC), kumpulan pelajar PGSR, SABK dan PPG untuk menggubal soalan peperiksaan Bahasa Melayu di sekolah. Secara tidak langsung, semua pihak dapat memanfaatkan buku ini untuk memantapkan pemahaman tentang aspek pentaksiran di sekolah di samping meningkatkan kemahiran menggubal soalan yang bermutu untuk peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu.

Download disini >>




Post a Comment