Kerap kali atlet atau pelajar menjalani latihan tanpa memanaskan badan dengan betul. Ini sepatutnya dielakkan kerana kesilapan meninggalkan aktiviti memanaskan badan atau memanaskan badan 'ala kadar' sahaja akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada individu sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang. INGAT!

Aktiviti memanaskan badan adalah langkah paling awal untuk mengelakkan kecederaan sukan. Memanaskan badan penting dilakukan sebelum mula melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau pertandingan kerana bermanfaat kepada persediaan fizikal dam mental atlet.

Ø  Antara tujuan memanaskan badan ialah bagi meningkatkan suhu badan dan suhu dalam otot. Dengan melakukan aktiviti ini ketegangan dalam otot berkurangan untuk menjadikan oto itu berkeadaan relaks. Keadaan ini memudahkan pergerakan eksplosif, seperti menendang bola dan belari pecut. Aksi-aksi tersebut melibatkan penguncupan kumpulan otot besar dalam tempoh yang singkat, di susuli dengan regangan maksimum otot-otot tersebut.

Ø   Aktiviti memanaskan badan dengan peningkatan intensiti pergerakan dan juga akan memudahkan adaptasi fungsi jantung, paru-paru dan saluran darah terhadap peningkatan kadar kerja yang berlaku ketika bersukan.

Ø  Proses penyesuaian begini mengurangkan tekanan (Stress) kepada metabolisme fisiologi yang melibatkan struktur-struktur tesebut. Reaksi enzim juga dapat dipercepatkan ketika suhu badan tinggi. Keadaan ini boleh melengahkan pembentukan asid laktik dalam darah. Dari aspek psikologi, atlet yang melakukan aktiviti memanaskan badan yang cukup biasanya merasa lebih yakin ketika hendak bertanding.

Ø   Semasa pertandingan, atlet juga berpeluang melakukan raptai pergerakan sebelum melakukan dalam situasi sebenar.

Bahagian Kepala
  • Pergerakan hyperextension
  • Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible
  • Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapizius
  • Sendi yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
  • Tulang yang terlibat ialah skull/cranium
Pergerakan flexsion
  • Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan        menekan kepala dari atas
  • Pergerakan ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapizius
  • Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/ putar)
  • Tulang yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium
Pergerakan rotation
  • Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla
  • Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot sternocleidomastoid dan otot masseter
  • Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi paksi/ putar )
  • Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan mandible
Pergerakan circumduction
  • Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi
  • Melibatkan otot trapiziuz dan sternocleidomastoid
Bahagian Tangan Dan Bahu
  • Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah
  • Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsion
  • Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah sendi kandiloid
  • Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan metacarpus
Pergerakan lengan ke arah dada
  • Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada
  • Sendi yang terlibat ialah sendi lesung
Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium
  • Melibatkan tulang humerus, radius dan ulna
  • Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur
  • Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung.

Post a Comment