Objektif:
Untuk memberi kefahaman berkaitan CPR dan cara-cara melaksanakannya.

Definisi:
Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital.

CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih.

CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

Piawaian:
Nisbah mampatan-pengalihan udara sejagat 30:2 disyorkan untuk dewasa, dan juga kanak-kanak dan bayi jika hanya seorang penyelamat hadir.. Jika sekurang-kurangnya dua orang penyelamat hadir, nisbah 15:2 lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayu. Bagi bayi baru lahir, kadar 3:1 disyorkan melainkan punca kardium dikenal pasti, yang mana nisbah 15:2 adalah munasabah. Jika salur udara lanjutan seperti tiub endotrakea atau sungkup salur udara larinks berada di tempatnya, pembebasan nafas sepatutnya berlaku tanpa henti-henti dalam mampatan pada kadar 8-10 seminit. Urutan intervensi yang disyorkan ialah "mampatan dada, salur udara, nafas" untuk kebanyakan situasi, dengan kadar mampatan sekurang-kurangnya 100 seminit untuk semua golongan. Kedalaman mampatan yang disyorkan untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sekirar 5 cm (2 inci), bagi bayi pula adalah 4 cm (1.5 inci). As of 2010 the Resuscitation Council (UK) still recommends ABC for children. Disebabkan sukarnya menentukan kehadiran atau ketiadaan nadi, pemeriksaan nadi tidak perlu dilakukan penyelamat yang tidak mahir, dan tidak patut dilakukan selama lebih 10 saat oleh pihak penjaga kesihatan. Untuk dewasa, penyelamat harus menggunakan kedua-dua tangan untuk mampatan dada; untuk kanak-kanak, sebelah tangan sahaja yang patut digunakan; untuk bayi pula, dua batang jari (jari telunjuk dan jari tengah).

Sebab-sebab:

Jantung terhenti meyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa saat. Jika melakukan CPR dengan kadar yang cepat, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.

Teknik atau Kemahiran:

CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran Udara, Pernafasan dan Edaran Darah (ataupun disebutkan ABC’s of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan (Breathing) dan Edaran Darah(Circulation) ).

ABC’s of CPR:
Saluran Pernafasan (Airway)
Tindakan utama untuk CPR ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa (donggakkan kepala mangsa). Perlu diingati bahawa bahagian belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di bahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka saluran pernafasan mangsa.

Pernafasan (Breathing)
Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam peparu dan darah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi oksigen yang cukup untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan rawatan tiba.

Edaran Darah (Circulation)

Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut patut dilakukan bersama.

Catatan:
Posisi Pemulihan

Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.
Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan:
Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.
Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya.
Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan.
Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka

Langkah-langkah melakukan CPR(DRABC)

D = danger.
R = response.
A = airway.
B = breathing.
C = blood circulation

D:Danger (Bahaya).
  • Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
  • Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada andadan mangsa.
  • Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan
R: Response (Tindakbalas).
  • Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan tanya “ awak ok ke?”.
  • Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
  • Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans(999 atau 991
A: Airway (Saluran pernafasan).
  • Lakukan teknik ‘angkat dagu dan dongak kepala’.
  • Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.
  • Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau menghalang pernafasan.
B: Breathing (Pernafasan).
  • Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
  • Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat.
  • Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan
C: Circulation (Peredaran darah).
  • Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada.
  • Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100kali seminit. Dengan kiraan  Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.
  • Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba
CPR untuk kanak-kanak (1-8 tahun).
  • CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa kecuali 3 langkah di bawah ini yang berbeza.
  • Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut lakukan CPR selama 2minit sebelum menghubungi ambulans.
  • Gunakan sama ada sebelah tangan atau dua tangan untuk melakukan tekanan di dada.
  • Berikan tekanan 1 ke 11/2 inci dalam
Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak(Umur 1-8)
  • Pastikan tindakbalas pesakit
  • Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas beri bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saat
  • Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerak mulakan tekanan di dada 1 ½ ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum Bone (ulu hati)nya. Tekan pada kadar 100 kali seminit.
  • Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada sehingga bantuan tiba.
CPR untuk bayi (Kurang 1 Tahun)
  • Jerit dengan perlahan tepuk bahu. Sekiranya tiada tindakbalas, posisikan bayi terlentang.- Buka salur pernafasan dengan teknik dongak kepala angkat dagu. Jangan dongakkan kepala terlalu jauh.Berhati-hati
  • Beri 2 hembusan sekiranya tidak bernafas. Tutup mulut dan hidung bayi dengan mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 ke 2 saat setiap hembusan.
  • Periksa dada bayi untuk pergerakan pada setiap bantuan pernafasan.
  • Beri 5  tekanan di dada dan 1 hembusan  pada kadar 100kali seminit. Posisikan 2 jari di tengah-tengah dada/sternum Bone (ulu hati).Tekan antara ½ ke 1inci.
  • Ulangi dengan 2  hembusan nafas dan 15 tekanan.Selepas 1 minit( Ulangan 1 pusingan)
  • hubungi ambulans (999 atau 991 ) dan teruskan memberi hembusan dan tekanan di dada.

Post a Comment