Murid-murid berkeperluan khas yang mengalami kesukaran dalam menjalankan aktiviti sangat memerlukan pendekatan yang berbeza kepada murid yang normal. Pendekatan yang berbeza diperlukan mengikut kemampuan dan kebolehan murid berkeperluan khas tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan agar mereka dapat mengikuti dan mampu menjalankan aktiviti yang telah dirancang serta disediakan untuk mereka.
   
Justeru itu, Pendidikan Jasmani untuk golongan ini memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut kemampuan kerana mereka tidak boleh menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan seperti golongan yang normal. Sukatan pelajaran dan pendekatan yang tersendiri adalah diperlukan kepada mereka. Oleh kerana golongan ini mempunyai perbezaan dari segi tahap keupayaan maka keperluan dan kemudahan yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian dengan keadaan mereka.
   
Proses untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki dan berkait rapat dengan pemilihan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan dan memperolehi pengetahuan dan pembangunan sikap positif terhadap aktiviti fizikal.
   
Pendidikan jasmani ini adalah untuk meningkatkan peningkatan fizikal, belajar bekerjasama dari segi sosial dan dari segi mental pula ianya dapat melatih mental kita belajar dan berkembang.

Objektif pendidikan jasmani.
  • Pembangunan fizikal dan organisasi.
  • Pembangunan ( otot yang boleh dibina ) neuro otot atau motor.
  • Pembangunan kognitif.
  • Pembangunan sosial, emosi dan afektif.

Komponen

Komponen Pendidikan Jasmani Khas
Pendidikan Jasmani Suaian wajib diadakan di luar dan ianya merupakan Pendidikan Jasmani perkembangan dan pemulihan.

Pendidikan Jasmani Suaian.

Pendidikan Jasmani Suaian merupakan modifikasi kepada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakarkan aktiviti tersebut.
   
Ianya juga merupakan program Pendidikan Jasmani progresif atau program latihan kemahiran motor kasar, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan motor individu ke tahap yang hampir sama dengan tahap kemampuan pendidikan jasmani rakan sebaya (populasi normal). Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan jika mungkin jurang umur perkembangan (keupayaan) dan umur kronologi (hayat ).

Pendidikan Jasmani Pemulihan

Pendidikan jasmani pemulihan merupakan program yang berobjektif pembetulan atau pemulihan bagi kes luar biasa yang dialami dari segi fungsi fisiologi, postur dan mekanikal. Fokus utama adalah kepada populasi lencongan fizikal seperti kes kyphosis (boleh beradaptasi pergerakan dan struktur postur tertentu). Scoliosis, obesiti dan terapi otot. Matlamat utama pemulihan adalah untuk membolehkan populasi. Ini dapat diserapkan ke dalam proses pendidikan jasmani biasa.

Post a Comment