Cara buat duit dengan amazon

1.1 Pengenalan sistem kardiovaskular
Sel-sel tubuh tidak mempunyai akses secara langsung kepada persekitaran luar tubuh bagi  membolehkan sel-sel tersebut memperolehi keperluan hidup. Oleh yang  demikian sel-sel tubuh terpaksa bergantung kepada sistem-sistem organ tubuh untuk kemandiriannya. Sistem kardiovas kular atau  kardiores piratori memikul tanggungjawab ini dengan mengangkut oksigen, nutrien dan lain-lain keperluan kepada sel dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme serta produk-produk sel ke bahagian lain tubuh.

1.1.1 Komponen-komponen utama sistem kardiovaskular
(a) Jantung
i.Organ yang penting mengepam  darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien.
ii.Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun.
iii.Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan,atrium kiri,ventrikel kanan dan ventrikel kiri.

(b) Darah
i.Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di dalam plasma.
ii.Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit.
iii.Darah mem bentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Seorang dewasa yang berat tubuhnya 70kg, mempunyai kira-kira 5-6 liter darah.

(c) Salur darah
i.Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
ii.Salur darah m em bolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari  jantung  ke  tisu dan  kembali semula ke jantung.

1.1.2  Fungsi sistem kardiovas kular

Sistem respiratori membantu membekalkan oksigen dan mengkumuhkan karbon dioksida dari darah. Sistem peredaran mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel tisu  badan dan mengeluarkan karbon dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru.

Semasa inspirasi, udara  yang  mengandungi oksigen masuk ke dalam  paru-paru melalui salur pernafasan. Gas oksigen ini akan disimpan sementara dalam alveolus . Jantung mengepam darah nyah oksigen  ke paru-paru melalui kitaran pulmonari. Gas-gas oksigen dan karbon dioksida meresap melintasi membran alveolus dan kapilari. Karbon dioksida dihembus keluar dari paru-paru melalui salur pernafasan. Oksigen yang melintasi membran alveolus dan kapilari akan meresap ke dalam darah. Darah  beroksigen diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk diagihkan kepada sel-sel tisu badan.

1.2 Struktur dan fungsi bahagian-bahagian jantung
Jantung  terbina  daripada  otot jantung  atau  miorkardium yang  diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam .

Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipis ahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.

Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium . Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.

Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.

Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik  pula menghalang aliran darah  ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.

Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium , miokardium dan endokardium . Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung.
Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonari dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu.

1.3 Keluaran jantung (Ǭ )
Keluaran  jantung  adalah  jumlah isipadu  darah  yang dipam  keluar  oleh ventrikel kiri dalam satu minit.  Keluaran jantung boleh diukur dengan menggunakan rumus berikut :

Ǭ = KDJ x IS

Keluaran jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit x Isipadu Strok

Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung  seminit. Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem saraf autonomik. Kadar denyutan jantung setiap individu adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti umur dan tahap keaktifan individu. Kadar denyutan jantung rehat individu  yang  aktif  adalah  rendah  berbanding  dengan individu  yang sedentari. Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan mengira bilangan denyutan jantung seminit di arteri karotid atau arteri radius semasa individu berada dalam keadaan rehat.

Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikel kiri. Isipadu ini disukat dalam unit liter sedenyutan. Isipadu strok lelaki adalah lebih besar berbanding isipadu strok perempuan.Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok. Isipadu strok adalah agak besar pada individu yang  berbaring berbanding dengan  individu yang berdiri. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovas kular.

Contoh:
Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat sebanyak 72 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70m l ialah 5L/ min.
Ǭ        = KDJ x IS
= 72 x 0.07
= 5.04
= 5L / m in



1.4 Peredaran darah

Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaran sistemik.


1.4.1  Kitaran sistemik

Kitaran  sistemik  membolehkan  darah beroksigen  serta nutrien dibawa  ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung.

1.4.2  Kitaran pulm onari

Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum   darah beroksigen dikembalikan ke jantung.

1.4.3  Faktor-faktor yang mempengaruhi kembalian darah ke jantung

Apabila otot-otot menguncup,  vena  tertekan dan darah dalamnya ditolak ke arah jantung. Injap-injap pada vena menghalang darah daripada mengalir ke arah belakang. Ia hanya membenarkan darah mengalir satu arah iaitu ke jantung.

Semasa otot-otot mengendur, vena-vena tersebut akan dipenuhi semula dengan darah. Proses penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung.

Semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah dalam  rongga toraks mengembung dan ini memaksa darah mengalir kearah atrial kanan jantung. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan  darah nyah oksigen. Semakin  tinggi  tekanan ini, semakin banyak output jantung. Pernafasan yang membantu keluaran jantung dikenali sebagai “pam pernafasan”.



1.4.4  Mengukur tekanan darah

Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan   rendah. Contohnya, apabila   ventrikel  menguncup,ia menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan diaorta. Darah dari ventrikel kiri ditolak keluar ke aorta dan lain-lain saluran darah sistemik dan ke bahagian kanan jantung.

Tekanan   darah   manusia boleh diukur dengan menggunakan sfigmomanometer. Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur, gerak kerja dan lain-lain.

Atrium -atrium  menguncup serentak pada jantung yang normal. Apabila atrium  mengendur, ventrikel-ventrikel pula  menguncup.


Post a Comment