Memo


Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam bentuk borang

Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting  kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik  dan beliau juga  bertanggungjawab untuk mengedarkan  minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat.

Rencana

Pada kebiasaannya, isu-isu yang disentuh di dalam sebuah rencana ialah persoalan semasa yang menjadi perhatian umum. Rencana ditulis berdasarkan pemikiran penulis,rujukan ,kajian, peristiwa semasa dan sebagainya.

Rencana biasanya lebih panjang daripada berita. Setiap fakta yang dikemukakan akan dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit. Disamping itu, penulis rencana akan memberikan perhatian yang lebih terhadap pendahuluan rencana.

Teks Ucapan

Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi  sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara  yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu.

Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang sesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea-idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu.  Ucapan disampaikan berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.

Surat Rasmi

Surat Rasmi merupakan teks yang berformat kerana surat rasmi mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Surat rasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui oleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh sesuatu pihak kepada penerima agar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang perkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang boleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang

Laporan

Laporan ialah kertas kerja yang mengandungi maklumat atau khabar. Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilaporkan. Laporan ialah dokuman untuk menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebut disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan kejelasan dan ketepatan kandungannya.

Pengumuman

Kertas pengumuman yang mengandungi khabar atau maklumat yang disebarkan untuk bacaan atau perhatian kepada individu atau pihak tertentu.

Nota Lengkap : Download

Post a Comment