Definisi dan konsep komunikasi

Pengenalan

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik.

Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan.

Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik.

Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab.

Definisi dan Konsep Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969).

Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna.

Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam  masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.

Nota Lengkap : Download


Post a Comment