Dalam tajuk ini pelajar akan pelajari aspek-aspek kematangan biological,penilaian kematangan tulang rangka,seksual dan somatik.

Kematangan biologi: Konsep dan penilaian
  • Konsep kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang matang.
  • Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang memastikan perkembangan ke arah keadaan matang.
  • Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak semestinya bergerak seiring dengan tarikh atau umur kronologinya.
  • Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek biologikal berbanding umur kronologinya. Dengan kata lain, walaupun dua orang kanak-kanak mempunyai umur kronologi yang sama, mereka tidak semestinya mencapai tahap kematangan biologikal yang sama pada umur tersebut.
  • Petunjuk atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan somatik.
Menilai kematangan rangka
  • Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal atau status kematangan.
  • Rangka merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang menyeluruh.
  • Semua kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat pranatal dan berkembang menjadi rangka lengkap di peringkat awal dewasa.
  • Kadar di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang awalan, ke bentuk tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat dewasa berbeza antara tulang di dalam seseorang individu dan antara individu-individu.
  • Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas utama penilaian kematangan rangka di dalam kanak-kanak.
  • Pada lazimnya tulang-tulang tangan kiri dikaji dengan meletakknya di atas satu permukaan rata pada plet sinar-X.
  • Terdapat dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat. Setiap tulang panjang merangkumi diafisis dan epifisis.
  • Tulang bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata, yang kebanyakannya terletak di pergelangan tangan.
  • Indikator kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan untuk menentukan kematangan tulang.
  • Pertamanya, adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus pada sinar-X, yang menunjukkan penggantian rawan oleh tisu tulang di dalam tulang yang terlibat.
  • Keduanya, adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan perbezaan bentuk semasa perkembangannya semakin jelas di peringkat dewasa.
  • Ketiganya, melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masing-masing di dalam metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan pembentukan kontur dan bentuk karpal dewasa.
  • Terdapat 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu (i) kaedah Greulich-Pyle, (ii) kaedah Tanner-Whitehouse dan (iii) kaedah Fels.
Menilai kematangan seksual
  • Penilaian adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks sekunder iaitu perkembangan buah dada dan haid (perempuan), zakar dan buah zakar (lelaki) dan bulu pubik / kelamin (lelaki dan perempuan).
  • Penilaian ke atas seks sekunder ini hanya terhad sehingga peringkat remaja atau baligh. Oleh itu, indikator ini mempunyai had aplikasi dalam pertumbuhan sepanjang hayat.
  • Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara pemerhatian.
  • Peringkat 1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat kelamin lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak.
  • Peringkat 2 menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri – peningkatan awal buah dada (perempuan), pembesaran alat kelamin (lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki dan perempuan).
  • Peringkat 3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri dan adalah sukar untuk dinilai.
  • Peringkat 5 menunjukkan keadaan perkembangan matang atau dewasa bagi setiap ciri.
  • Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan adalah satu penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap individu akan berkembang mengikut tahap kematangan masing-masing dan tidak semestinya semua ciri yang dinyatakan berkembang dari peringkat 1 ke 5.
  • Terdapat 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu (i) kaedah status quo dan (ii) kaedah retrospective.
Menilai kematangan somatik
  • Penggunaan ukuran badan sebagai indikator kematangan memerlukan data kajian berbentuk longitudinal.
  • Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan ukuran anggota badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat remaja ini boleh digunakan sebagai indikator kematangan somatik.
  • Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan sebagai penilaian kematangan somatik.
  • Umur di puncak halaju ketinggian (peak height velocity) adalah indikator yang lazim digunakan dalam kematangan somatik.
  • Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai semasa pertumbuhan pesat remaja.
  • Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota lain seperti umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki, ketinggian berduduk, biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan kekuatan otot.
  • Satu lagi indikator kematangan somatik boleh dikira berdasarkan peratusan ketinggian dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat umur.
Download Nota Lengkap : Tajuk 6 Kematangan.pdf






Post a Comment