Pidato

Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui sktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga  dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Definisi pidato

Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokongan serta mempengaruhi pendengar.

Syarahan

Satu bentuk komunikasi sehala      
- Disampaikan secara individu
- Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan

Definisi
  1. Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
  2. Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan.
Tujuan

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut.
Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal ehwal semasa yang menarik.

Ceramah

Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. Menerusi ceramah atau syarahan, penerangan atau penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum atau topik baharu, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau penonton. Biasanya ceramah yang bakal disampaikan di adakan dalam majlis atau perhimpunan yang dirancang dengan tujuan tertentu.  Majlis atau perhimpunan ini melibatkan banyak hadirin daripada pelbagai kaum dan kedudukan. Jika di sekolah, ceramah kerap diadakan bersempena peristiwa tertentu atau kempen untuk memupuk sikap terpuji sebagai mendidik pelajar agar hidup berakhlak, berhemah dan berbudi bahasa.


Nota Lengkap : Download


Post a Comment