Anatomi ialah kajian terhadap binaan tubuh badan, susunan organ-organ, struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome” bermaksud memotong. Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan dan cara struktur  tubuh badan  menjalankan  aktiviti-aktiviti  untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Tubuh badan terdiri daripada unsur-unsur dan sebatian-sebatian kimia. Sebatian-sebatian kimia ini berasal dari bahan-bahan organan seperti protein, lemak dan karbohidrat, dan bahan-bahan bukan organan.

Di  samping  itu,  anatomi  dan  fisiologi  meliputi sistem  integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari.

MATLAMAT
Tugasan Anatomi dan Fisiologi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelatih lebih memahami struktur-struktur tubuh badan, fungsi-fungsinya melalui teori  dan amali  serta mengetahui dan  menguasai  kemahiran  asas sukan  atau permainan dengan baik.

OBJEKTIF

Melalui tugasan Anatomi dan Fisiologi  ini kita dapat:
  • Mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Anatomi dan Fisiologi.
  • Memupuk semangat patriotisme melalui permainan.
  • Mengetahui cara pengurusan dan pengelolaan sukan.
  • Memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku manusia dan prestasi sukan.
  • Mengetahui hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan.
  • Memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh badan dan kaitannya dengan prestasi sukan.
  • Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan dan kesihatan diri.
  • Memahami dan mengaplikasi prinsip dan kaedah latihan.
  • Memahami  dan  mengamalkan  prinsip  asas  keselamatan  dan  mengurangkan risiko kecederaan sukan.
  • Memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.


PENGENALAN TULANG, SENDI DAN OTOT

Terdapat banyak sistem di dalam tubuh badan kita. Antaranya, sistem rangka yang terdiri daripada tulang, sendi dan otot merupakan sistem yang penting bagi tubuh badan kita. Tulang, sendi dan otot memainkan peranan yang berbeza. Iaitu tulang berfungsi sebagai bentuk sistem rangka yang menyimpan mineral, menghasilkan sel darah merah, memberi perlindungan kepada organ dalaman, menyokong postur badan dan membantu pergerakan.

Manakala sendi merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan tulang.   Struktur   sendi dipengaruhi rapat   oleh   hubungan   pada   titik   pertemuan pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan tendon. Sendi- sendi berada di bahu, siku serta pergelangan tangan dan kaki.

Apabila kita membuat suatu pergerakan, otak akan menghantar utusan kepada otot, dan otot akan mengecut atau mengendur. Selain itu, tulang juga akan bergerak bersama dengan otot pada masa yang sama.

Nota Lengkap : Download di sini


Post a Comment