Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang kom prehensif ke arah perkem bangan,kem ajuan dan pembangunan sukan negara.Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-m ajlis sukan,institusi pengajian tinggi,badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan.

Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan.

(a) Sukan Massa ( Sukan untuk semua )

Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

(b) Sukan untuk kecemerlangan

Sukan untuk kecemerlangan adalah sukan pertandingan yang diurus kan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan-persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat  kebangsaan dan antarabangsa  bagi menentukan pemenang.

Rasional Dasar Sukan Negara

Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara.

(a) Peringkat Individu
  • Pembentukan sahsiah,  kesedaran dalam  diri  individu dan membangkitkan semangat pertandingan.
  • Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.
  • Mem anfaatkan masa senggang.
  • Mengurangkan tekanan hidup .
  • Interaksi sosial yang bermakna.
  • Perkem bangan kemahiran-kemahiran asas .
(b) Peringkat Masyarakat
  • Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional.
  • Mewujudkan suasana yang kondusif untuk  pemupukan perhubungan komuniti yanglebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.
  • Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.
  • Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang.
(c) Peringkat Antarabangsa
  • Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.
  • Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antara bangsa.
  • Memupuk persahabatan.
Objektif Dasar Sukan Negara
  • Mem bentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan disemua peringkat masyarakat.
  • Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.
  • Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan  amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam .
  • Mencapai kecemerlangan dengan semangat  kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan .

Strategi dan Pelaksanaan Dasar

Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan hendaklah dibangunkan serentak. Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut :

Perancangan

Pertubuhan-pertubuhan sukan hendaklah mengadakan program-program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk   pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan.

Dalam merancang  program -program  jangka panjang untuk sukan  prestasi  tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan:
  • Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.
  • Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

Organisasi

Sukan di negara ini dapat dimajukan dengan adanya kerjasamaantara pelbagai badan sukan dengan kerajaan untuk menyelaraskan satu program yang bersepadu. Satu jawatankuasa tetap hendaklah ditubuhkan untuk menentukan perhubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi
tersebut.

Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu dalam menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi.Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisma ini untuk menyelaraskan program sukan massa. Mekanisme ini perlu menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia.  MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat  mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal.Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik.

Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di maktab-maktab.  Di institusi pengajian tinggi, aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa.

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan mengalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan.  Tanggungjawab utama ialah menggalakan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik.MOM berkerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlit untuk pertandingan peringkat antarabangsa.


Post a Comment