Definisi Sains Sukan
Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan. Ia melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio dan biomekanik.
Kepentingan Sukan
Sains Sukan adalah penting dari aspek prestasi sukan, kesihatan, rekreasi, ekonomi dan kerjaya.
Prestasi Sukan
Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit dan jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program latihan yang lebih sistematik.
Kesihatan
Atlit mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti bersukan dengan betul. Pengetahuan ini dapat membantu atlit meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan menyeluruh dan mengelak daripada berlaku kecederaan. Selain itu, atlit mengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masing- masing untuk mengekalkan prestasi.
Rekreasi
Pengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat dimanfaatkan dalam peningkatan prestasi atlit tetapi juga semasa mereka berekreasi.
Ekonomi
Sains sukan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan s ukan.
Kerjaya
Perkem bangan sukan di tanah air, mewujudkan peluang-peluang kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan sukan.Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-pegawai sukan dan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan. Peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalah luas .
Post a Comment