Majlis Konvokesyen merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi setiap graduan yang berjaya menamatkan pengajian. Dalam keterujaan untuk menghadiri konvokesyan, ada yang terlupa melakukan persiapan yang sewajarnya seperti menempah tiket penerbangan dan tempat tinggal semasa menghadiri majlis konvokesyen.

Sedikit tips buat graduan yang bakal menghadiri majlis konvokesyen terutama berkaitan dengan tempat tinggal. Sebaik anda mendapat jemputan untuk ke majlis konvokesyen, jika anda mahu menghadirinya ( rugi kalau tak menghadiri ) perkara pertama yang anda kena buat ialah membeli tiket penerbangan ( terutama graduan dari Sabah dan Sarawak ). Jangan tangguh-tangguh kerana semakin lambat anda buat tempahan maka semakin banyak kos yang anda akan tanggung.

Tempah bilik hotel secepat mungkin secara online jika anda tidak mempunyai saudara-mara ditempat anda berkonvo. Bagi keselesaan anda dan keluarga, saya cadangkan kepada anda supaya lebih baik tinggal sahaja di hotel. Manalah tahu saat-saat tanpa diduga, orang harapan anda bekerja di luar pejabat pula pada hari anda berkonvo. Tempah hotel anda secara online dan jangan sesekali meminta tolong keluarga atau rakan tempahkan untuk anda di kaunter hotel. Mengapa?

Berdasarkan pengalaman peribadi, menempah hotel secara online jauh lebih murah berbanding pergi ke kaunter hotel. Ini juga berdasarkan pengalaman saya semasa menghadiri majlis konvokesyen. Pastikana anda membuat perbandingan harga bilik hotel daripada enjin pencari hotel.

Sebelum anda memutuskan untuk menempah hotel, anda perlu ambil kira lokasi hotel dengan tempat anda berkonvo. Saya cadangkan anda menempah hotel yang berdekatan dengan stesen Monorel, RapidKL, KTM, LRT atau apa juga jenis kenderaan yang menggunakan laluan sendiri bagi mengelakkan kesesakan. Menggunakan pengangkutan awam yang saya sebutkan tadi juga akan dapat menjimatkan kos pengangkutan anda. INGAT! anda bukan guna kenderaan pada masa majlis konvokesyen saja. Pengalaman saya, kawasan KL Sentral merupakan lokasi yang paling strategik. Selain laluan utama jaringan pengangkutan, anda mudah mendapatkan tempat makan di kawasan ini. Anda juga boleh membeli belah di Nu Sentral.

Semasa konvokesyen lepas, saya menggunakan perkhidmatan Booking.com. Namun ada banyak lagi perkhidmatan enjin pencari hotel seperti yang saya senaraikan di bawah.


Dan banyak lagi tetapi memadailah anda menggunakan salah satu enjin pencari hotel di atas. Semoga bermanfaat.

Post a Comment