Pembelajaran Motor - Schmidt & Lee (2005)

Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama:-
  • Pertama, pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran melibatkan satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan membolehkan seseorang itu menjadi lebih mahir
  • Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung.
  • Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman
  • Keempat,pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.
  • Hasil sintesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal
  • Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.
  • Gabbard (2008), merujuk  pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau pengalaman.
Analisis gambarajah dibawah ini dan tuliskan satu perenggan berdasarkan pemahaman anda tentang peringkat-peringkat pertumbuhan dan perkembangan bayi..



Post a Comment